Tuesday, 22 July 2025

Pandan Laut Beach Resort ! Kami Datang !!!



Hai guys, apa khabar semua. Heheee.. Maaf ye, benda dah lama baru berkesempatan untuk up kat sini. 

Bulan 4 hari tu kami cuba membuat tinjauan kawasan atau tempat penginapan yang sesuai untuk staff pejabat suami saya untuk buat family day. Jadi kebetulan tempat first kami tuju kat sini. Dah lama sebenarnya kami intai-intai Pandan Laut Beach Resort yang berlokasi di daerah Setiu, Terengganu. Akhirnya mata kami terjatuh cinta dengan kecantikan pemandangan kat sini dan terus buat tempahan 1 bilik untuk 1 malam. Serius lawa tempat dia dan banyak kemudahan yang disediakan untuk penginap kat sini. 


Jom kita check in!

Alhamdulillah, nasib baik ada bilik kosong lagi. Kami menginap di bilik Superior (Triple) 

Jom kita house tour! 


Inilah rumah kami menginap. So nice. Sebab banyak juga bangku dan pondok untuk kami berehat di luar. Buaian pun ada nak santai-santai rasa angin pantai sepoi-sepoi bahasa. Nak buat bbq pun takde masalah kat sini sebab setiap ruang ada pondok dan disediakan tempat bbq. 




Tengoklah ni, kalau malam tenang je suasana kat sini. 


Kereta boleh parking siap depan bilik ye guys. Mudah sangat-sangat. Takdelah kena masuk parking lot ke apa. Nak angkut barang pun senang, takdelah jauh-jauh nak berangkat. 


Inilah bilik kami menginap, boleh lah muat untuk kami berempat. 


TV ada, peti ais ada, kettle ada, seterika ada... Kemas, semuanya ada. Dobi layan diri pun ada kat sini ye.


Kolam renang juga semestinya ada guys. Teruja bukan main lagi adik mandi kolam ditemani abahnya. Cantik guys kolam kat sini sebab tak panas. Walaupun cuaca panas tapi disebabkan dilindungi bangunan dewan di hadapan kolam ni dan ada juga pepohon pandan laut dapat memberi teduhan di kawasan sekitar kolam ni. 




En Suami bilas badan di bawah rimbunan pohon pandan laut. Yang bulat merah nampak macam buah kelapa sawit itulah buah pokok pandan laut ye. 


Disediakan juga pentas ringkas untuk ambil angin pantai dan lepak-lepak kat sini. Syok weeihhh duk kat sini sambil mengadap pantai. 


Gambar ni saya ambil dari atas tempat saya lepak.


Kecantikan bunga kemboja menyerikan lagi suasana ketenangan di Pandan Laut Beach Resort. 




********************************************

Seusai kami solat maghrib kami keluar makan malam di Bayou Kitchen. Banyak juga menu kat sini. Semuanya sedap tapi menu kat sini menu western food ye.




Coffee in the house!!! 


Adik sabar menanti makanan kegemarannya sampai. 


Inilah antara menu yang kami order. 




Tengok tu guys, cantik sangat tempat ni. 






Alhamdulillah, dah kenyang semua kami balik dan rehatkan diri kami dan tidur. Esok nak bangun awal nak tengok sunrise. Serius lawa guys.

********************************************

Jom lihat pemandangan waktu pagi kat sini. Keluar pintu pagar belakang terus pergi pantai guys. MashaAllah....cantik sangat-sangat!!!








Damai dan tenangnya rasa. Mencari sedikit aura positif dengan kembali mencari nikmat terbesar yang Allah kurniakan melalui alam ciptaan Allah S.W.T


















Selesai menikmati pemandangan pantai, kami terus ke cafe Pandan Laut Beach Resort untuk minum pagi. Untuk pengetahuan semua, kat sini sesiapa yang menginap juga akan disediakan sarapan pagi percuma untuk 2 orang dewasa. 

Kat sini saya kongsikan sedikit info penginapan atau bilik di Pandan Laut Beach Resort.
















So, itu saja guys coretan saya kali ni. 
Jumpa lagi!!!

#alhamdulillah
#nikmatAllah
#travel
#familytrip
#familyday
#pandanlaut
#pandanlautbeachresort
#santai
#happy
#healing
#azimahmohd