Showing posts with label Puding dan Desert. Show all posts
Showing posts with label Puding dan Desert. Show all posts

Tuesday, 15 June 2021

Cheesekut Nestum Mudah Dan Ringkas



Hai semua....apa khabar. Masih dalam tempoh pkp lagi ye kita. Sekarang ni dah pkp 3.0 dan dah lama juga saya tak upload apa-apa di blog saya ni.

Okaylah..hari ni saya just nak share resepi yang amat senang, ringkas dan mudah. Boleh juga buat bersama anak-anak sebagai aktiviti bersama keluarga semasa dalam tempoh pkp ni. 

Cheesekut Nestum...siapa yang tak sukakan dessert ni kan? Saya tetiba rasa nak makan sangat bila duk melayan warga tiktok yang postkan entry masakan cheesekut diorang. Terus minta anak bujang pergi belikan barang-barang untuk buatkan cheesekut nestum ni.

So now... saya tunjukkan bahan-bahan yang kita perlukan ye.


Okay...apa yang kita perlukan kat sini ialah :-

250 gm cream cheese tatura (apa-apa brand pun boleh)
Susu pekat manis
Susu full cream/susu cair
Biskut cream crackers
Milo
Nestum
Esen vanilla

*saya guna susu cair sebab barang dah ada kat rumah, so pakai apa yang ada je*

Jom kita tengok cara buatnya pulak 


250 gm cream cheese, 1 cawan susu pekat dan 2 - 3 sudu besar susu cair atau susu full cream disatukan dalam 1 mangkuk.


Gunakan mixer untuk sebatikan bahan-bahan tadi dan setelah semuanya sebati masukkan 1 sudu esen vanilla dan dikacau lagi sehingga tiada cream cheese yang berketul.


Now, ambil susu cair atau susu full cream masukkan ke dalam 1 mangkuk kecil. Ambil sekeping biskut cream crackers dan celupkan biskut di kedua-dua bahagian. Just celup sekejap sahaja untuk dapatkan tekstur biskut yang lembut dan sedikit crunchy.


Biskut yang dah dicelup susu tadi bolehlah disusun dan diletakkan ke dalam bekas. Kemudian letakkan dan sapukan rata cream cheese yang kita dah kacau sebati tadi. 

Apa-apa bekas pun boleh ye, asalkan berpadanan dengan bahan yang kita gunakan ni. Kat sini saya gunakan bekas makanan yang saya buat jualan tiramisu cheesecake. Senang nak makan dah takyah nak potong-potong bagai.


Dah ratakan cream cheese atas biskut tadi, kita taburkan pula dengan nestum.


Letakkan pula biskut yang telah dicelup kat atas nestum tadi dan ratakan lagi cream cheese kat atasnya.


Untuk bahagian tengah ni saya cuba buat kelainan sedikit. Saya tambahkan milo untuk dapatkan sedikit rasa coklat pada cheesekut ni. Terpulang pada you all sama ada nak layer dengan nestum jugak ke atau dengan buah-buahan ke, it's up to you guys.


Okay next, kita ulang sekali lagi benda yang sama...letakkan biskut yang dah dicelup dengan susu cair tadi untuk lapisan akhir.

Sebenarnya terpulang pada bekas korang ye. Untuk buat berapa lapis ni you all kena tengok size bekas. If bekas kecik tapi tinggi bolehlah buat banyak lapis.


Ni lapisan yang last, saya taburkan nestum dan milo kat atasnya....siap!!!

Simple je kan???


1 adunan yang saya buat ni bolehlah dalam 11 bekas kecik ni.


Nak sedap saya sejukkan dulu kat dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam atau seharian. Makan sejuk-sejuk or buat minum petang, santai-santai luar rumah sambil layan anak-anak main....fuuhhhh, syok weihhhh.


Selamat menjamu selera guys....

#staysafe
#stayhome
#covid19
#pkp3.0
#cheesekutnestum

Tuesday, 14 July 2020

Agar-Agar Santan Pandan




Hai teman-teman. Bertemu lagi kita kali ni....alhamdulillah.
Nahhh...sekarang saya ingin kongsikan resepi agar-agar santan pandan. Enak dimakan sejuk-sejuk dan sesuai untuk santapan minum petang. Ini resepinya ye.

Bahan-bahan :-

5-7 helai daun pandan
1 cawan air
1 bungkus agar-agar tali (25g)
5 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 1/2 cawan santan
1 biji telur
Sedikit garam dan pewarna hijau





Cara-caranya :-

1. Ambil 5-7 helai daun pandan dipotong pendek-pendek. 

2. Masukkan 1 cawan air dan daun pandan yang dipotong tadi ke dalam bekas blender dan dikisar halus.




3. Tapiskan dan ambil air daun pandan sehingga mencukupi 1 cawan. Sekiranya hasil tapisan dari blender tadi tidak cukup bolehlah ditambah dengan sedikit air sehingga mencukupi sukatan.


3. Sediakan periuk dan masukkan 5 1/2 cawan air serta agar-agar. Panaskan dan masak.




4. Kemudian, masukkan 1 cawan air daun pandan dan masak hingga agar-agar hancur.




5. Masukkan pewarna jika hijau dari daun pandan kurang menyerlah untuk mencantikkan agar-agar kita nanti. Kiranya warna dari daun pandan dah cantik, tak perlu tambah pewarna.


6. Tambah 1 cawan gula dan masak hingga gula hancur.




7. Sambil menunggu gula dan agar-agar sebati, masukkan 1 1/2 cawan santan, 1 biji telur dan sedikit garam (secukup rasa) ke dalam mangkuk dan dikacau sebati.


8. Kemudian bolehlah dimasukkan adunan santan tadi ke dalam adunan agar-agar dan kacau sebati.




9. Bila santan dah pecah minyak bolehlah ditutup api dan tuang ke dalam bekas dan sejukkan.




10. Bila dah sejuk dan keras barulah boleh dipotong dan dihidangkan.






Selamat menjamu selera....

#kitajagakita
#kitamestimenang
#pkpbfasa5

Tuesday, 21 April 2020

Puding Sagu Gula Melaka....Nyumm Nyummmm!!!

Siapa tak gemar pencuci mulut kan? Saya kalau dah ada puding sagu ni lepas lunch or dinner memang akan menjadi hidangan saya. Buat minum petang pun sedap juga.
Ini versi sagu biasa je saya buat. Yang saya tengok kebanyakan yang share kat facebook diorang buat sagu berbiji-biji. Itu saya belum pernah cuba lagi dan inshaAllah, saya akan cuba buat and rasa yang versi sagu berbiji-biji.
Ini bahan-bahan yang perlu kita sediakan ye :-
Untuk sagu :
4 cawan air
250 gram sagu biji
Untuk kuah :
80 gram gula melaka @ nisang
4 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 tin susu cair
Jom kita tengok cara penyediaan puding ni....

Apa yang kita perlukan ialah 4 cawan air dan 250 gram sagu dimasak atas api sederhana.


Masak sehingga hilang biji mata sagu yang warna putih tu ye.


Angkat dan bilas dengan air kemudian toskan.


Dah toskan air, masukkan dalam bekas lain dan warnakan mengikut warna masing-masing. Kat sini saya buat 2 warna sahaja. Hijau dan juga merah. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam atau lebih.


Sekarang kita buat air gula melaka pula ye. Apa yang kita perlukan 80 gram gula melaka atau nisang kalau orang terengganu panggil, 1/2 cawan air dan 4 sudu besar gula pasir dimasak atas api sederhana.


Inilah air gula melaka yang dah siap dimasak.

Cara penyediaan puding sagu gula melaka ni, mula-mula...masukkan lebih kurang 2 sudu teh air gula melaka atau mengikut tahap selera masing-masing (kalau suka manis boleh tambah lebih), masukkan puding sagu kita tadi dan kemudian bolehlah masukkan susu cair dan sedia untuk dimakan...nyummm nyummmm!!!


Sedap sangat dimakan sejuk. Selamat menjamu selera!!! Nyummm nyummmm!!!

#covid-19
#pkp2day24
#stayathome
#kitajagakita
#semogadalamlindunganAllah