Showing posts with label Just For Share. Show all posts
Showing posts with label Just For Share. Show all posts

Monday, 25 May 2020

Sambutan Hari Raya Di Musim PKPB



Selesai sudah puasa sebulan. Sedih Ramadhan berlalu pergi, namun Syawal datang membawa ceria. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat tidak kira di mana pun anda berada, kita sama-sama meraikan hari lebaran ini dengan penuh rasa cinta dan sayang bersama keluarga tercinta.

Cuma, tahun ini ditakdirkan Allah kita tidak dapat beraya sepertimana kebiasaan yang kita raikan di tahun-tahun sebelumnya. Walaupun masih dalam tempoh PKPB namun raya tetap kita raikan bersama keluarga terdekat. 

Biarpun tak dapat mengunjungi sanak saudara dan rakan taulan yang lain. Ini tidak menjadi masalah kerana ada alternatif lain yang boleh kita berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Melalui whatsapp video call contohnya...ini yang selalu kami sekeluarga gunakan bila rindu pada keluarga yang jauh datang bertandang. 

Tak mengapalah...kita beraya sekejap cuma untuk tahun ini. Demi keselamatan mereka yang tersayang dan juga diri kita sendiri. Covid-19 benar-benar memberi kesan buat kita semua. Semoga kita semua dijauhkan dari wabak Covid-19 ini dan usaha kita untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini berjaya di negara kita Malaysia. Kita sama-sama berdoa agar negara kita bebas dari wabak Covid-19 ni ye...

Walaupun diberi kelonggaran oleh kerajaan Malaysia untuk berkunjung ke rumah saudara yang terdekat pada hari raya pertama sahaja, SOP yang telah ditetapkan perlu juga kita patuhi.

Di sini saya kongsikan SOP yang perlu diikuti yang telah ditetapkan oleh KKM


Walaupun tak dapat keluar beraya, cukuplah kami berswafoto bersama keluarga kecil kami ni di dalam rumah je. Bergambar untuk kenangan beraya dalam tempoh PKPB Fasa 5 (13 May - 9 Jun 2020)

Warna-warni Aidilfitri 1441H/2020M







Sekian saja celoteh saya untuk hari ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Dan Batin

#staysafe
#stayhome
#kitajagakita
#kitamestimenang
#aidilfitri2020

Saturday, 29 February 2020

Happy Birthday To Me!!!


Happy birthday to me.... 
Yeeeeiiii, tahun ni ada 29 Februari...heheee.
Maaf, terlebih excited pulak...tapi ye betul, 29 Februari adalah hari saya dilahirkan. Yup, saya dilahirkan pada tahun lompat dan saya akan sambut hari kelahiran saya pada setiap 4 tahun sekali.
Pada awalnya dulu, masa peringkat umur saya kanak-kanak...saya selalu terfikir dan rasa sedikit kekurangan pada diri saya, kenapa saya dilahirkan pada 29 Februari. Kenapa tidak 28 Februari atau 1 Mac ??? Memang persoalan ni yang selalu timbul di fikiran saya pada zaman kanak-kanak saya. Biasalah kan, zaman kanak-kanak...biasanya kawan-kawan akan sambut hari kelahiran mereka setiap tahun tetapi tidak saya. Ada juga kawan-kawan dan saudara yang bercakap saya dilahirkan pada 29 Februari tu agak merugikan...hehehee...sebab tu pada awal peringkat kanak-kanak saya rasa agak kecewa dan sedih. Dengan kata-kata dan pandangan atau pendapat yang terus mengecam saya. Seolah-olah saya pula yang dipersalahkan.
Bila masuk diperingkat usia remaja baru saya dapat menerima apa yang tersurat dan yang tersirat yang telah Allah bagi pada saya. Ye...saya bersyukur sangat-sangat...kerana saya tidak mudah melatah dengan kata-kata mereka yang agak kurang enak juga bagi saya untuk didengari. Kata-kata nganjing (bahasa Terengganu) atau bermaksud sindiran. Sepatutnya pemikiran orang sebegini yang perlu berubah dan diubah. Mentaliti yang agak kurang positif bagi saya, tapi saya tetap akan ambilnya dari sudut yang lebih positif.
Dan sekarang, saya benar-benar rasa diri saya paling bertuah kerana saya adalah yang terpilih di antara yang terpilih untuk dilahirkan pada 29 Februari. Kepada mereka yang dilahirkan sama dengan hari lahir saya, kita sangat bertuah kerana orang sekeliling kita akan mudah mengingati kita kerana kita adalah satu antara seribu atau seratus ribu atau sejuta.
Buat saudara, sahabat dan semua kenalan...terima kasih atas ingatan ucapan ulangtahun saya. 
Love all of you
Sebelum 29 Februari berakhir, saya doakan kita sama-sama dikurniakan kesihatan yang penuh dengan kebaikan dan rezeki yang penuh dengan keberkatan...amiinnn. 
Maybe akan datang next post saya akan kongsikan kenapa berlakunya tahun lompat dalam kalendar atau takwim yang kita guna sekarang ni...InshaAllah.

Sunday, 3 November 2019

Wakaf, Pelaburan Dunia Dan Akhirat Anda

Baru-baru ni saya dan keluarga berkesempatan untuk turut serta menyertai program yang dianjurkan oleh Wakaf MAIDAM Terengganu. Dan sempat juga saya kongsikan cerita saya diblog baru-baru ini. Tapi dalam pada masa yang sama ada juga kawan-kawan yang bertanyakan kepada saya apa itu "wakaf tunai", untuk apa dan ke mana duit yang kita sumbangkan itu digunakan. Mungkin ada juga di kalangan kawan-kawan saya di luar sana yang juga belum tahu atau kurang jelas mengenai wakaf tunai ini. Jadi di sini saya kongsikan sedikit ilmu dari sumber laman web MAIDAM Terengganu. Moga dengan perkongsian ini menambahkan ilmu buat saya dan anda juga.
TAKRIF WAKAF TUNAI
• Wakaf Tunai ini bermaksud mewakafkan wang tunai kepada mana-mana pemegang amanah wakaf, di mana wang modalnya dikekalkan dalam bentuk aset yang kekal kemudian manfaatnya disalurkan kepada penerima wakaf (mawquf alaih)
• Para fuqaha salaf menggunakan istilah wakaf wang dirham dan wang dinar (waqf al-darahim waqf al-dananir). Wang-wang tersebut akan dikumpulkan dan kemudiannya ditukarkan kepada harta kekal yang dinamakan "badal". Manfaat hasil wakaf tunai tersebut akan digunakan untuk kebajikan dan pembangunan ummah.
OBJEKTIF WAKAF TUNAI
• Menyuburkan dan membudayakan semula amalan berwakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut dalam Islam.
• Menyediakan kemudahan alternatif kepada umat Islam untuk menyertai ibadah maliah seperti wakaf mengikut kemampuan masing-masing tanpa melibatkan harta atau aset kekal.
• Menggalakkan umat Islam mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotensi untuk menggerakkan pembangunan sosio-ekonomi ummah.
• Menanam dan mendidik sikap, semangat dan kerjasama yang erat sesama umat Islam berkonsepkan ukhuwah Islamiah dan semangat taawun dalam Islam.
• Memperbanyakkan lagi pegangan aset umat Islam hasil daripada pengumpulan wang tunai dan disalurkan untuk kepentingan agama dan pembangunan sosio-ekonomi ummah.
• Dapat melaksanakan pembangunan harta-harta wakaf dan sosio-ekonomi ummah dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu.
• Meluaskan saluran kebajikan dengan lebih holistik, sistematik dan berkesan.
• Melahirkan dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf yang lebih produktif dan berwibawa.
KONSEP WAKAF TUNAI
• Dana wakaf yang terkumpul akan diistibdalkan (ditukar) kepada aset kekal yang mendatangkan hasil atau manfaat.
• Aset kekal tersebut boleh jadi dalam bentuk pembangunan masjid, surau, premis perniagaan, perindustrian dan lain-lain.
• Hasil yang diperolehi akan diagihkan kepada penerima yang berhak sama ada dalam sektor kesihatan, pendidikan, agama mahupun sosial.
• Istibdal (pertukaran aset) yang telah berjaya dilaksanakan ialah membina Surau Darul Akhyar di Asrama Anak Yatim Darul Akhyar, Batu Rakit, Terengganu dan membeli 4 lot kedai 3 tingkat di Batu Enam, Kuala Nerus, Terengganu.
Sumber diambil dari laman web MAIDAM Terengganu

Saturday, 26 October 2019

"Walk & Hike For Wakaf 2019" Anjuran MAIDAM Terengganu

Tanggal 12 Oktober 2019 (sabtu) baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan untuk bersama-sama menyertai program "Walk & Hike For Wakaf" anjuran dari MAIDAM Terengganu buat pertama kalinya. Sebelum ini memang teringin sangat nak menyertai program-program seperti ini tetapi kekangan jarak dan masa yang tidak mengizinkan untuk kami sertai. Dan kali ini rezeki kami dapat sertai program seperti ini disamping berwakaf.

Program ini bertempat di Bukit Besar dan sekitar Taman Rekreasi Hiliran, Kuala Terengganu. 

Bersama-sama DJ selaku MC yang didatangkan khas dari Manis fm



Membuat senaman ringan dahulu untuk memanaskan badan.



Pelepasan program ini bermula di perkarangan Kompleks Seri Iman dan dilepaskan oleh YBrs. Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin.




Program ini telah disertai seramai 1503 peserta yang telah mendaftar dengan kadar bayaran yuran bagi dewasa RM30 dan bagi kanak-kanak RM20 sahaja. Wang pendaftaran ini akan disalurkan terus kepada akaun kerjasama Wakaf MAIDAM - Bank Rakyat. Program pertama hasil daripada kerjasama ini akan mendirikan sebuah pusat hemodialisis wakaf yang akan memberikan manfaat kepada pesakit yang kurang berkemampuan.


Pelbagai peringkat umur telah menyertai program ini.


Menggunakan jejantas untuk menuju ke Taman Rekreasi Hiliran.


Saya sekeluarga memilih untuk berjalan sahaja di Taman Rekreasi Hiliran. 




Sempat juga kami singgah dan berehat di Bukit Besar. Sekadar ambil gambar saja, tak naik atas pun...heheheee.


Seusai saja kami berjalan, kami balik kembali ke perkarangan Kompleks Seri Iman dan kami menerima sumbangan makanan dan minuman dari pihak penganjur.



Barisan urusetia yang mengagihkan makanan dan minuman kepada peserta.


Gerai jualan juga dibuka oleh pihak urusetia untuk kemudahan peserta.


Dalam dewan terbuka ini juga disediakan booth dari Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta dan juga dari Bank Kerjasama Rakyat.




Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda bertempat di Dewan Terbuka, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).




Dalam majlis penutup ini juga YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda berbesar hati menerima sumbangan wakaf tunai dari tiga daerah antara yang tertinggi kutipan wakaf tunai dari daerah-daerah yang lain.


Pusat Urusan Zakat Daerah Dungun telah menerima kutipan wakaf tunai yang paling tinggi dengan jumlah sumbangan sebanyak RM4,254.00


Manakala Pusat Urusan Zakat Daerah Hulu Terengganu telah menerima sumbangan wakaf tunai sebanyak RM3,755.00


Pusat Urusan Zakat Daerah Besut pula dengan kutipan sebanyak RM3,115.00

Sumbangan dan kutipan ini adalah dari tabung wakaf tunai yang telah disediakan disetiap Pusat Urusan Zakat Daerah. Orang ramai juga boleh terus berwakaf kepada akaun ini menerusi Jompay dengan billee code 20461 atau boleh terus berhubung dengan pihak MAIDAM Terengganu untuk sebarang pertanyaan.

Antara tiga pemenang cabutan bertuah yang menerima telefon, televisyen dan peti.




Tidak ketinggalan juga rezeki buat abang Solihin kali ini turut menerima hadiah cabutan bertuah dari Al-Ikhsan iaitu botol air dan topi berjenama Adidas. Nampak tak muka abang happy, senyum pun sampai ke telinga dahhhh....



Dah dapat hadiah....jom balik!!!!


Pesanan ringkas dari kami.... Mari kita sama-sama berwakaf, tak dapat wakaf melalui harta anda boleh berwakaf secara tunai mengikut kemampuan masing-masing.

Jom bangkitkan sosio-ekonomi ummah melalui wakaf anda !!!

Sumber info dan foto dari laman web MAIDAM Terengganu dan facebook Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu - Official