Bahan-bahan Tiramisu Cheesecake |
Bahan-bahan :-
250 gram Cheese (Jenama Tatura)
250 ml UHT Whipping Cream (Jenama Anchor)
1 bungkus biskut Ladyfingers (Savioardi Balocco)
1/4 cawan gula
1 mangkuk bancuhan Nescaffe 3 in 1/Coffee Mate
1 penutup esen vanilla
Sedikit jem strawberry/blueberry/orange (untuk hiasan)
* anda juga boleh gantikan biskut ladyfingers ni dengan sebarang jenis kek *
Cara-caranya :-
1. Masukkan cheese ke dalam bekas dan pukul hingga sebati dengan menggunakan mixer.
2. Setelah sebati, masukkan gula dan esen vanilla. Sebatikan lagi.
3. Setelah itu, masukkan whipping cream ke dalam adunan tadi dan dipukul sampai kembang, putih dan berkilat. Ketepikan dahulu.
4. Ambil biskut ladyfingers dan celupkan ke dalam bancuhan air nescaffe/coffee mate sedikit sahaja dan susun ke dalam bekas.
5. Sudukan atau tuangkan adunan cheese ke atas susunan biskut tadi. Selesai lapisan pertama buat untuk lapisan kedua pula dengan langkah yang sama sepertimana di atas.
6. Untuk hiasan anda boleh gunakan pelbagai idea or kreativiti anda sendiri untuk menghiasnya. Di sini saya hanya menggunakan jem strawberry untuk hiasan di atas cheese.
* lebih enak dimakan sejuk (disimpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam)