Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Thursday, 7 May 2020

Resepi Onde-Onde Gula Melaka @ Kuih Kekoh Chaaa!!!

Pernah dengar tak nama kuih kekoh chaa ni??? Nama ni hanya sekadar hiburan saja okay. Bukan nama betul pun, sekadar menjelaskan kuih ni apabila digigit akan keluar air manisan dari nisan kerek (orang Terengganu panggil) atau gula melaka yang diisi di dalam kuih ni keluar dan cair di dalam mulut. Kuih kekoh chaa ni hanya orang pantai timur je yang faham kerana loghat bahasanya. Siapalah tak kenal dengan kuih ni kan? Tapi ada ke yang tak kenal? Mustahillah kut tak kenal dengan kuih onde-onde atau gula melaka ni kan...
Hari ni just nak share resepi mudah membuat kuih kekoh chaa atau onde-onde ni. So simple, mudah dan ringkas. Jom follow step by step cara-cara nak membuatnya.
Bahan-bahan :-
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
5 helai daun pandan
1 cawan air
1 keping nisan kerek/gula melaka
5 cawan air
1/2 biji kelapa parut yang muda 
(diambil putihnya sahaja)
garam secukup rasa
Cara membuatnya :-
1. Potongkan daun pandan kecil-kecil dan kisar daun pandan tadi bersama 1 cawan air di dalam blender.




2. Tapis air daun pandan yang sudah dikisar halus. 


3. Hiris halus atau rincih nisan kerek atau gula melaka. Ketepikan.


4. Ambil periuk dan didihkan 5 cawan air dengan api sederhana.
5. Masukkan 2 cawan tepung pulut dan 1 sudu besar tepung gandum ke dalam bekas adunan.


6. Masukkan air daun pandan ke dalam bekas adunan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli. Bila dah adunan dapat dicanai dan tak keras atau lembik, dah tak perlu masukkan lebihan air pandan. 
*Sekiranya adunan lembik dan tak boleh dibulatkan tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibulat-bulatkan*




7. Ambil sedikit adunan dan bulatkan, kemudian leperkan sedikit untuk diletakkan nisan kerek yang telah dirincih. Kemudian tutup adunan dan dibulatkan cantik-cantik.


8. Bila air rebusan dalam periuk tadi dah menggelegak, boleh masukkan terus adunan tepung yang dah siap diisi dengan nisan kerek dan dibulatkan.


9. Sambil tunggu onde-onde masak, ambil bekas dan masukkan 1/2 kelapa parut muda yang putih dan gaul dengan sedikit garam.


10. Onde-onde yang dah masak akan timbul dari permukaan air dan bolehlah diangkat dan toskan dahulu.


11. Kemudian masukkan onde-onde yang dah ditoskan tadi ke dalam bekas kelapa parut. Golek-golekkan dalam bekas sehingga kelapa parut tadi serata di seluruh onde-onde. Ulang sehingga habis adunan.






Dah siap, bolehlah dihidangkan dan makan!!! Sesuai untuk minum pagi atau petang...


Selamat mencuba!!!

🥰🥰🥰

#covid19
#pkpbday51
#stayathome
#kitajagakita
#semogadalamlindunganAllah

Sunday, 5 June 2016

Mek Comel


Assalamualaikum....

Hai semua.... kali ni saya nak kongsikan satu resepi mudah untuk anda cuba. Resepi ni ringkas sahaja...memang mudah sangat-sangat nak buat. Nama kuih ni ialah kuih 'Mek Comel' dan memang menjadi kuih kegemaran jugaklah bagi penduduk negeri Terengganu. Saya buat ni pun first time and Alhamdulillah...berhasil dengan jayanya. Cubalah...memang sesuai sangat-sangat untuk dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Jom lihat cara-caranya...

Bahan-bahan :-

Ubi keledek
Tepung gandum
Garam kasar
Gula

Cara-caranya :-


1. Basuh ubi keledek sehingga bersih. Rebus ubi dan masukkan sedikit garam kasar.

2. Setelah ubi empuk dan masak, angkat dan toskan ubi tersebut. Biarkan ubi sejuk.

3. Buangkan kulit ubi dan lenyekkan ubi sehingga betul-betul hancur.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga ubi tadi agak-agak tidak melekat di tangan dan dapat dibentuk.

5. Setelah sebati dan tidak melekat di tangan, bentukkan adunan tadi atau leperkan adunan ubi di telapak tangan dan letakkan gula di tengah-tengah.

6. Sesudah letakkan gula bolehlah dibentukkan ia sepertimana gambar yang telah disediakan di sini atau mengikut citarasa anda sendiri.

7. Setelah selesai proses di atas bolehlah mula menggoreng. Anda hanya perlu gorengkan mek comel ni sekejap sahaja atau sehingga bertukar warna keemasan.

8. Dah nampak masak, angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama minuman kegemaran anda.

Selamat mencuba....


Basuh dan bersihkan dahulu ubi keledek.

Potong sederhana dan rebuskan ubi bersama sedikit garam kasar.

Dah masak, angkat dan toskan. Biarkan ubi sejuk.

Buang kulit ubi keledek.

Lenyekkan ubi sehingga hancur.

Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit atau sehingga adunan ubi agak tidak melekat di tangan.

Adunan ubi yang dah siap sebati dan boleh dibentukkan.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti gambar ini. Letakkan gula di tengah-tengah dan bolehlah dibentukkan sepertimana gambar di bawah.

Dah siap dibentuk dan sedia untuk digoreng.

Kuih mek comel dari Terengganu enak dimakan ketika sarapan pagi mahupun minum petang...

Saturday, 26 December 2015

Churros atau Kuih Belimbing


Assalamualaikum...

Churros nama mat salleh...tapi kalau kita kat Malaysia ni nama tradisinya Kuih Belimbing :D

Bahan-bahan :-

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 penutup esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya :-

1. Didihkan air, gula, marjerin dan esen vanilla dengan api perlahan

2. Pecahkan telur dalam bekas lain dan dikacau sedikit dengan garfu

3. Bila bahan yang dimasak tadi sudah mendidih tutupkan api dan masukkan tepung gandum dan dikacau sebati menggunakan senduk kayu.

4. Masukkan telur dan sebatikan

5. Sediakan piping beg dan nozzle atau acuan bunga dahlia untuk dapatkan bentuk yang diingini

6. Masukkan adunan ke dalam piping beg atau acuan bunga dahlia dan susun dahulu supaya dapat bentuk dan ukuran yang dikehendaki

7. Panaskan minyak dan bolehlah mula menggoreng

8. Bila agak kekuningan, angkat dan toskan
9. Bolehlah ditabur gula halus atau dicelup dengan nutella sebelum disajikan

* Di sini saya hanya menggunakan acuan bunga dahlia *