Monday, 6 February 2017

Raja Dagang Resort, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan





Hai sahabat....lama benar tak bersua kan. Macam biskut pulak saya ni. Sekejap ada...sekejap tak ada...heheee. Nak buat macam mana, tidak ada perkara yang menarik yang dapat saya kongsikan sebab tu lah lama menyepi. Hari ni baru saya ingin kongsikan cuti hujung minggu sambil berhari raya cina...hehehee. Gong Xi Fa Chai buat sahabat yang merayakannya.

Dah lama sebenarnya saya berhajat nak bawa anak-anak pergi bercuti. Disebabkan pada cuti sekolah hujung tahun baru-baru ini saya memang tidak boleh bawa anak jalan-jalan dan meluangkan masa dengan anak-anak saya kerana kekangan tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang bulan Disember setiap tahun, jadi saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu ini untuk bawa anak-anak saya berjalan. Dapatlah juga saya merasai ketenangan dari kesibukan kerja seharian. Pilihan kami ialah Raja Dagang Resort.

Lokasi Raja Dagang Resort ini  memang agak menarik. Sesuai dengan jiwa saya sebagai anak kampung yang sukakan suasana desa. Terletak ditebing Sungai Semerak dan merupakan lokasi khazanah Hutan Paya Bakau. Resort ini seluas lebih kurang 6 ekar. Menawarkan kemudahan penginapan yang selesa dan harga yang berpatutan sesuai dengan bajet kami. Resort ini juga menyediakan kolam untuk kanak-kanak dan dewasa, dewan, surau, restoran serta kolam untuk memancing. Haaaa...buat kaki-kaki pancing anda boeh je nak memancing di kolam resort ni ye...kalau yang tak bawa pancing dan ingin cuba memancing pun boleh je sewa joran kat sini. Sejoran harganya RM 50.00 sahaja. Pancing sampai dapat ikan...heheheee...dah dapat ikan boleh bawa balik. Wahhhh...best kan?

Sebenarnya resort ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi hari keluarga, tempat seminar, kem motivasi, tempat berehat, santai dan riadah sekeluarga. Bagi mereka yang inginkan suasana desa bolehlah berkunjung ke resort ni. Di sini saya kongsikan gambar yang sempat saya ambil sepanjang saya berada di sini selama 2 hari 1 malam.

Terminal Bas Dan Teksi Kuala Besut
Sebelum kami sampai ke Raja Dagang Resort, kami singgah sebentar di Pasar Tani Kuala Besut. Lokasi bersebelahan dengan terminal bas dan teksi Kuala Besut. Pasar Tani di Kuala Besut ni hanya pada hari Jumaat sahaja. Macam-macam barang yang diorang jual kat sini. Harganya murah dan berpatutan.

Tudung Bawal tetap pilihan hatiku...
 Dah pusing-pusing terjumpa pula dengan gerai tudung bawal ni. Macam-macam design dan warna. Boleh beli secara borong lagi. Harga dan jenis bawal pun boleh pilih mengikut citarasa sendiri. Dalam duk tilik-menilik tudung sempat juga beli 3 helai. Saya tak sempat nak ambil gambar masa ni sebab orang ramai. Nak masuk kat sini pun parking kereta bukan main susah. Kena banyak-banyak bersabar kalau nak datang tempat yang ramai orang macam ni. Penat dah jalan-jalan kat sini kami pun tuju ke destinasi utama kami.

Raja Dagang Resort
Inilah dia pintu utama Raja Dagang Resort. Sebenarnya resort ni masa kami sampai masih ada lagi penambahbaikan yang ingin dibuat oleh pihak pengurusan resort ni.

Welcome To Raja Dagang Resort

 Bagi saya agak kurang kemas di situ tetapi mungkin dalam penambahbaikan.
 

Inilah bilik kami...tingkat atas ye. Satu rumah ni ada empat bilik...so, kalau nak buat family day memang elok sangat lah untuk keluarga yang besar duk satu rumah ni. Bilik yang saya duduk ni harganya RM 164.00 semalam. Check in pukul 2.00 petang and check out pukul 12.00 tengah hari.

1 Queen + 1 Single
Ruang hadapan
Ruang hadapan ini menghadap tasik buatan resort ini. Anda boleh saksikan dari sini orang yang sedang memancing dan beriadah.

Ruang belakang
Ini bahagian ruang belakang bilik kami. Kalau di tingkat bawah tidak disediakan ruangan ini. Pemandangan di bahagian belakang ni anda akan dapat lihat paya bakau sahaja. Sempat juga kami berkelah makan keropok dan minum air batu campur kat belakang ni. Sambil menikmati suasana desa lah katakan....syok juga. Tenang dan mendamaikan gitu...


Dah sampai sini apa lagi...anak-anak mesti tak nak lepaskan peluang untuk mandi kolam. Kolam renang di resort ni ada tiga bahagian. Untuk dewasa satu kolam yang besar dan untuk kanak-kanak disediakan dua kolam.




Dah puas berendam kami balik bilik dan siapkan diri untuk keluar makan malam. Kat sini sebenarnya mudah nak cari tempat makan. Tapi kami ingin mencuba tempat makan yang disyorkan oleh kawan kami. Jadi kami pun terus pergi ke kedai makan yang diberitahu kepada kami. Lokasi ni terletak di Kuala Besut dan berhampiran jambatan Kuala Besut. Nama kedai ni Zul Ikan Bakar. Ramai yang cakap tempat ni sedap.

Zul Ikan Bakar
Kami sampai ke kedai makan ni lebih kurang pukul 7.30 petang. Pada mulanya ingatkan tutup sebab kedai ni gelap tapi ada orang. Tengok pada waktu urusniaga pukul 8.00 malam baru buka. Tapi yang kami tengok kat sini pukul 7.30 tu orang dah ada duduk mengambil tempat makan sambil menunggu dalam gelap. Pelik juga kami pada mulanya. Kenapa duduk dalam gelap? Saya fikir mesti sedap sangatlah ni masakan ikan bakar zul ni.


Sotong celup tepung memang sedap kat sini. Terbaik bagi kami sebab semua seafood kat sini fresh. Segar-segar gitu... For 1 set 2 pinggan ni jenuh kami nak habiskan. Apapun memang sedap sangat. Patutlah orang ramai kat sini. Servis kat sini pun cepat. Buka pukul 8.00 malam tapi 8.30 malam dah full semua meja.


Inilah hidangan utama kami. Ikan kembung, ketuka dan ikan jemuduk. Tapi kat sini tiada menu lain ye...tomyam atau masakan panas yang lain tidak disediakan di sini. Kami makan nasi hanya berlaukkan ikan bakar ni sahaja sambil cicah sos pencicah ikan bakar. Sos pun sedap.



Dah pagi.....jom sarapan dulu.


Tengok tu....dah tak sabar-sabar nak pergi mandi kolam. Buat bekalan sebelum balik ke rumah katanya. Heheheee...apa-apa jelah nak.

Kat sini saya kongsikan sedikit sebanyak persekitaran resort ni untuk tatapan sahabat semua.




Tebing muara Sungai Semerak



Alhamdulillah...selesai sudah penerokaan kami di resort ni. Kalau sahabat nak datang menerokai juga resort ni boleh je lihat blognya di sini. Pengguna facebook boleh layarinya di sini.

Syukran jazilan....

No comments: