Saturday 14 May 2016

Perkelahan Sungai Kelemin, Kampung Talong, Dungun, Terengganu.


Assalamualaikum...
Fuhhhhhhhh!!!!!......cuaca panas sekarang ni kan?...Ni semua adalah fenomena lautan atau disebut sebagai El Nino. Pemanasan lautan ni berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur. Sebab tu lah cuaca yang luar biasa akan berlaku di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap. Saya sempat melihat suhu sekarang di Kuala Terengganu suhu telah mencecah 34.0 darjah celsius melalui laman web di sini.
Dengan keadaan cuaca panas ni saya sempat juga berkhemah dan mandi manda di kawasan pedalaman berhampiran tempat tinggal saya. Memang menjadi rebutan di mana ada sungai atau kawasan air terjun untuk bermandi manda dan menyegarkan tubuh badan dan salah satu terapi juga untuk menghadapi cuaca yang panas dan kering yang berlaku sekarang ni. Tempat yang saya pergi ni agak terpencil kawasannya dan hanya lebih kurang 25 - 30 minit sahaja dari rumah saya ke tempat ni. Tempat yang saya maksudkan ini ialah Sungai Kelemin yang terletak di Kampung Talong, Dungun, Terengganu.
Di sini saya kongsikan gambar-gambar untuk tatapan semua.
Penanda arah simpang ke Perkelahan Sungai Kelemin, Kampung Talong, Dungun, Terengganu.
Aktiviti memasang khemah.... :D
Khemah kami dah siap!!!....
Siapkan bara api plak....untuk bakar ayam, sosej dan sotong.


Jom mandi.......
Antara pengunjung yang turut berkhemah dan bermandi manda


Iniliah Sungai Kelemin...terletak di Kampung Talong, Dungun, Terengganu.
Airnya yang sejuk dan mendamaikan.....nyaman gitu....

No comments: