Sunday 5 June 2016

Mek Comel


Assalamualaikum....

Hai semua.... kali ni saya nak kongsikan satu resepi mudah untuk anda cuba. Resepi ni ringkas sahaja...memang mudah sangat-sangat nak buat. Nama kuih ni ialah kuih 'Mek Comel' dan memang menjadi kuih kegemaran jugaklah bagi penduduk negeri Terengganu. Saya buat ni pun first time and Alhamdulillah...berhasil dengan jayanya. Cubalah...memang sesuai sangat-sangat untuk dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Jom lihat cara-caranya...

Bahan-bahan :-

Ubi keledek
Tepung gandum
Garam kasar
Gula

Cara-caranya :-


1. Basuh ubi keledek sehingga bersih. Rebus ubi dan masukkan sedikit garam kasar.

2. Setelah ubi empuk dan masak, angkat dan toskan ubi tersebut. Biarkan ubi sejuk.

3. Buangkan kulit ubi dan lenyekkan ubi sehingga betul-betul hancur.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga ubi tadi agak-agak tidak melekat di tangan dan dapat dibentuk.

5. Setelah sebati dan tidak melekat di tangan, bentukkan adunan tadi atau leperkan adunan ubi di telapak tangan dan letakkan gula di tengah-tengah.

6. Sesudah letakkan gula bolehlah dibentukkan ia sepertimana gambar yang telah disediakan di sini atau mengikut citarasa anda sendiri.

7. Setelah selesai proses di atas bolehlah mula menggoreng. Anda hanya perlu gorengkan mek comel ni sekejap sahaja atau sehingga bertukar warna keemasan.

8. Dah nampak masak, angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama minuman kegemaran anda.

Selamat mencuba....


Basuh dan bersihkan dahulu ubi keledek.

Potong sederhana dan rebuskan ubi bersama sedikit garam kasar.

Dah masak, angkat dan toskan. Biarkan ubi sejuk.

Buang kulit ubi keledek.

Lenyekkan ubi sehingga hancur.

Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit atau sehingga adunan ubi agak tidak melekat di tangan.

Adunan ubi yang dah siap sebati dan boleh dibentukkan.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti gambar ini. Letakkan gula di tengah-tengah dan bolehlah dibentukkan sepertimana gambar di bawah.

Dah siap dibentuk dan sedia untuk digoreng.

Kuih mek comel dari Terengganu enak dimakan ketika sarapan pagi mahupun minum petang...

No comments: