Wednesday 29 April 2020

Sayur Lemak Jambu Golok Campur Sotong Masakan Tersohor Di Terengganu

Jambu golok atau juga lebih dikenali dengan nama buah gajus bagi orang luar dari Terengganu sangat dinanti-nantikan musimnya berbuah. Buah jambu golok ni biasanya akan bermusim seiring dengan musim mencandat sotong. Sayur lemak jambu golok ni merupakan menu makanan yang tersohor di Terengganu. 


Biji jambu golok ni kalau rajin bolehlah dibakar dalam arang. Bila dah nampak hangus kat luar, ambil sejukkan dahulu dan bolehlah pukul-pukul manja untuk dapatkan isi gajus yang kat dalam. Masa tengah tunggu bakar ni pun, baunya wangi sangat-sangat. Siapa yang pernah bakar biji jambu golok ni memang faham sangatlah aroma dia camne. 
Kali ini saya kongsikan masakan dari hasil air tangan encik suami. Jarang-jarang sekali dia akan tunjuk skill masakan dia ni. So, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :-
5 - 6 buah jambo golok
7 - 8 ekor sotong (bergantung pada saiz sotong)
1 ekor ikan selayang (diambil isinya)
200 ml santan
3 ulas bawang merah
1 biji lada besar
1/2 cawan air
1 - 2 sudu besar garam kasar
gula dan garam halus
Cara-caranya :-
1. Bersihkan jambu golok dan dihiris panjang-panjang.
2. Taburkan garam kasar, tambahkan sedikit air dan ramas-ramas manja untuk keluarkan getah dan hilangkan rasa kelat buah jambu golok.
3. Dah ramas, bilas dan toskan sekejap.
4. Masukkan santan, bawang merah, lada merah, jambu golok dan sedikit air ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
5. Dah menggelegak, bolehlah masukkan sotong dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga masak.
-----------------------------------------------------------------
Jambu golok dibasuh bersih-bersih dan buangkan biji jambu golok. 

Kemudian dihiris sepertimana dalam gambar.


Taburkan garam kasar lebih kurang dalam 1 sudu besar atau lebih sedikit.


Tambahkan air dan ramas-ramas manja untuk buang rasa kelat dan getah pada buah jambu golok ni. Nampak tak tangan sado buat keja dapur...hahahaaa.

Kemudian bilas dengan air bersih-bersih dan toskan sekejap.

Sediakan santan, bawang merah dan lada besar. Bawang merah dipotong 4 bahagian manakala lada besar dihiris memanjang.


Ini ialah isi ikan selayang untuk dapatkan kemanisan dalam masakan nanti. Bahan utama sebagai penyedap masakan sayur lemak.


Sediakan sotong yang telah dipotong.

Satukan santan, bawang merah, lada besar dan isi ikan selayang ke dalam periuk. Tambah sedikit sahaja air dahulu jangan terlalu banyak sebab tak nak santan jadi cair. Masak di atas api yang sederhana dan kacau.

Dah nampak berwap atau menggelegak bolehlah masukkan sotong. Tak perlu tambah air sebab nanti air daripada sotong akan keluar dan mencairkan santan kita nanti. Dah boleh masukkan perasa...gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga sotong masak.


Tadaaaa!!!!....dah siap!!!! Thank you encik suami sebab sudi share skill masakan...heheheee. Boleh bertambah-tambah makan ni kalau makan berjemaah kan... So, selamat mencuba ye guys.
#covid19
#pkp3day35
#stayathome
#kitamestimenang
#AllahujisebabAllahsayang