Alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi resepi congo bars. Dah lama ingin mencuba resepi ini baru kali ni dapat tunaikan hasrat di hati. Tak rugi kalau kita mencubanya...memang sedap dan enak dimakan di waktu petang bersama-sama minuman kegemaran. Selamat mencuba......
Bahan-bahan :-
315 gram tepung gandum
225 gram soft brown sugar
150 gram mentega
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3 biji telur
Esen vanilla
Coklat chips
Badam hiris
225 gram soft brown sugar
150 gram mentega
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3 biji telur
Esen vanilla
Coklat chips
Badam hiris
Cara-caranya :-
1. Pukul mentega dan soft brown sugar hingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen vanilla
4. Tepung gandum, baking powder dan garam digaul sebati terlebih dahulu.
5. Masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan tadi menggunakan spatula sahaja.
6. Tambahkan coklat chips dan digaul rata.
7. Lapikkan loyang dengan baking paper.
8. Ratakan adunan ke dalam loyang dan hiaskan di atas adunan dengan badam hiris dan coklat chips.
9. Bakar dengan suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit atau mengikut tahap oven masing-masing.
10. Dah siap, boleh sejukkan dulu dan barulah dipotong dan dihidangkan bersama minuman kegemaran. Amat sesuai dijadikan menu minum petang.

Congo Bars!!! |
Bahan-bahan untuk membuat congo bars |
Pukul mentega dan soft brown sugar |
Mentega dan soft brown sugar yang dah siap disebatikan |
Masukkan telur satu persatu dan dipukul sebati |
Masukkan esen vanilla |
Tepung gandum, baking powder dan garam digaul sebati dan masukkan separuh demi separuh ke dalam adunan dan dikaupbalik dengan menggunakan spatula |
Tambahkan coklat chips |
Sediakan loyang dan alaskan loyang dengan baking paper |
Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan ratakan sepenuhnya |
Taburkan coklat chips dan badam hiris di atas adunan untuk hiasan |
Bakar dengan suhu 170'c selama 30-40 minit atau sehingga masak mengikut tahap oven masing-masing |
Dah siap bakar, sejukkan terlebih dahulu barulah dihidangkan |