Friday, 18 August 2017

Air Terjun Lubuk Kain, Sungai Bangan, Hulu Dungun, Terengganu



Kali ini kami pergi ke Air Terjun Lubuk Kain, Sungai Bangan yang terletak di Hulu Dungun, Terengganu. Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam untuk sampai ke destinasi ini. Tempat yang masih belum dapat perhatian umum. Mungkin kerana jaraknya yang jauh pedalaman menyulitkan pelancong luar untuk datang ke sini. Tempat ini tersangat cantik dan terpelihara dari sebarang pencemaran.

Kami bertolak dari bandar Dungun pukul 9.00 pagi dan sampai di sana lebih kurang pukul 11.00 pagi, Memang teruja kami melihat keindahan semulajadi sungai ini. Semoga kehadiran pengunjung-pengunjung lain dapat memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan persekitaran sungai ini dari dicemari sebarang kekotoran. Sekadar peringatan bersama. Kalau kita yang tidak menjaganya siapa lagi yang akan memelihara alam semulajadi kan???


Kat sini pun ada juga gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman bagi pengunjung kat sini. Tapi saya lebih suka bawa makanan dan minuman sendiri. Lagi feel orang kata untuk datang berkelah.


Inilah bekalan kami kat sini...heheee...senang kan? Dah siap masukkan dalam bekas tupperware pastu susun pulak dalam tong biru ni. Takdelah nak berangkat dua tiga kali kan???...memudahkan kerjalah katakan.


Kami datang ke sini tak ramai pun....hanya 3 family saja. Takpe...janji happy kan??? 


Dah siap letakkan barang semua mehhh kita usha2 tempat ni dulu...jom....














Camne uolls....sape suka mandi air sungai kita geng...heheheee... memang sejuk gila airnya. Best sangat-sangat...cantikkan tempat ni?

Sebenarnya, tempat kat atas lagi cantik dari kat bawah yang kami mandi ni. Memandangkan masa yang singkat saya tak sempat untuk pergi naik ke atas untuk melihat air terjun kat sini. Tapi tempat kat atas airnya lagi dalam daripada kat bawah ni. Kalau ada anak-anak kecil tu lebih baik mandi kat bawah je. Berwasapada itu perlu untuk memastikan keselamatan orang tersayang...betul tak???

Lagi satu pesanan saya, kalau nak mandi tu jangan mandi di lopak air yang bertakung dan tidak mengalir. Kerana dibimbangi air tercemar dari kekotoran. Untuk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini.


Sebelum mandi kita rendam kaki dulu....heheheee...muka budak tak sabar nak mandi.










Masa yang singkat rasanya buat kami yang baru pertama kali berkunjung ke sini. Jam dah 2.30 tengah hari. Rasa tak puas lagi nak sejukkan tubuh. Huhuuuu...takpelah, InshaAllah ada kelapangan kami datang lagi ke sini.







Sebelum pulang ke rumah kami singgah dahulu di Masjid Kampung Shukor untuk solat Zohor. Dah selesai solat kami beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing.... InshaAllah, kami ingin berkunjung lagi ke sini. 

> See You Again <

Thursday, 29 June 2017

Biskut Kelapa



Siapa suka makan biskut kelapa kita geng... heheheee

Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2017M/1438H buat semua sahabat-sahabat online saya.

Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan juga buatkan biskut tradisi kegemaran saya ni... "Biskut Kelapa". Kalau dulu bila time nak raya memang biskut inilah yang sentiasa menjadi pilihan utama arwah emak saudara sediakan untuk santapan anak-anak saudaranya di rumah. Sekali buat memang berbalang-balang sebab nak bagikan sikit seorang anak-anak saudaranya. Sekarang dah tak dapat nak merasa air tangannya...rindu bertandang lagi. Moga arwah ditempatkan dikalangan para soleh dan solehah...amin.

Okaylah...kat sini saya kongsikan resepi Biskut Kelapa

Bahan-bahan :-

1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1 cwn ++ tepung ubi
3/4 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
2 cwn ++ kelapa kering
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya :-

1. Pukul marjerin dan gula halus hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau.
4. Tambahkan tepung ubi secukupnya sehingga dapat diuli dengan tangan. {tepung ubi saya tambahkan lebih dari 1 cawan...saya masukkan tepung ubi ni sehingga adunan dapat dicanai}
5. Akhir sekali masukkan kelapa kering {saya letak lebih kurang 3 cawan}
6. Canai dan terap adunan mengikut acuan kesukaan masing-masing.
7. Panaskan dahulu oven.
8. Oleskan sedikit marjerin di dulang pembakar biskut bagi mengelakkan biskut melekat apabila masak nanti.
9. Susun biskut yang ingin dibakar ke dalam dulang dan bakar sehingga masak dengan suhu 160 darjah celsius selama 20 minit atau mengikut suhu ketuhar masing-masing.
10. Sudah masak sejukkan terlebih dahulu dan kemudian barulah boleh disusun ke dalam bekas kedap udara.

Terima kasih kerana sudi singgah di laman blog saya....

Tuesday, 25 April 2017

Janda Baik, Pahang

Bersambung kita ke perjalanan kami yang seterusnya sepanjang 3 hari 2 malam di Bentong, Pahang. Hajat kami nak ke air terjun Chamang tidak kesampaian kerana sebab-sebab tertentu membawa kami ke Kampung Janda Baik, Pahang. Sebelum kami bertolak ke Janda Baik kami ke Hutan Lipur Lentang untuk bersarapan pagi di sana.

Walaupun agak jauh tetapi ada je yang datang ke sini semata-mata nak makan nasi lemak sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang tenang dan mendamaikan.

Nasi lemak sambal kerang dan sotong


Saya kongsikan sedikit gambar yang sempat saya ambil di Hutan Lipur Lentang ini. Sebelum ini boleh je mandi kat sini tetapi memandangkan semalaman hujan jadi air agak keruh dan laju dan tidak selamat untuk mandi kat sini.






Dah sarapan kami teruskan perjalanan kami ke Kampung Janda Baik. Agak jauh dari Hutan Lipur Lentang ini lebih kurang dalam setengah jam lebih juga. 


Alhamdulillah, dah lama berhajat nak datang sini akhirnya Allah berikan keizinanNya untuk kami sampai juga ke sini...menikmati keindahan ciptaanNya adalah satu rahmat buat kami.


Tempat ni memang cantik sangat-sangat. Kami pusing-pusing kat sana dan singgah kami di Riverside. Di sini menyediakan perkhidmatan chalet, khemah dan berkelah. Kat sini kami hanya sewakan satu wakaf untuk kami santai-santai. Harga sewaan wakaf ini RM 20.00 sahaja. Nak berkhemah di wakaf ni pun boleh. Ada juga wakaf yang sediakan bilik persalinan di tingkat atas wakaf tetapi dah penuh. Tiada had waktu untuk sewaan wakaf berkenaan dan harga yang berpatutan memang berbaloi datang ke sini. Datang secara walk in sahaja di sini dan siapa cepat dia dapat.




















Seharian kami di sini. Tak puas lagi kami bermandi-manda di sini. InshaAllah, jika diberi keizinanNya lagi sekali kami ingin ke sini dan menginap di Riverside.

Untuk rujukan dan panduan mengenai Riverside boleh klik link 


Lemang To'ki, Bentong, Pahang

Bismillahirrahmanirrahim..... Alhamdulillah. Apa khabar semua??? semoga kita semua dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.
Baru-baru ini saya berkesempatan singgah di Lemang To'ki, Bentong, Pahang. Sebenarnya, dah dua tiga kali saya ke Bentong tetapi tidak pernah berkesempatan untuk singgah ke restoran ini. Kebetulan saya ke Bentong untuk mengambil adik saya yang menuntut di UiTM Raub, Pahang dan berada di Bentong selama 3 hari 2 malam untuk menerokai apa yang ada di Bentong...heheheee... nak singgah banyak tempat tetapi masa yang singkat menghadkan perjalanan kami.
Saya ke Lemang To'ki pada malam hari pertama saya sampai di sini. Memang best lemang kat sini dan masakan panas pun best jugak. Kenalah dengan selera kami orang pantai timur. Kalau di Terengganu kita ada Lemang Kijal tetapi di Lemang Kijal tidak disediakan rendang ayam, daging atau serunding. Lemang Kijal hanya menjual lemang sahaja dan untuk rendang dan serunding pengunjung kena cari atau buat sendiri. 
Ayam Bakar

Lemang To'ki dan rendang

Makan dulu....









Lemang To'ki, Bentong, Pahang
Plan esoknya di siang hari kami ingin mandi di air terjun Chamang tapi atas sebab-sebab tertentu kami tukar hala tuju kami ke Janda Baik, Pahang. Untuk lihat catatan perjalanan kami seterusnya bolehlah klik di sini.