Tuesday, 25 April 2017

Janda Baik, Pahang

Bersambung kita ke perjalanan kami yang seterusnya sepanjang 3 hari 2 malam di Bentong, Pahang. Hajat kami nak ke air terjun Chamang tidak kesampaian kerana sebab-sebab tertentu membawa kami ke Kampung Janda Baik, Pahang. Sebelum kami bertolak ke Janda Baik kami ke Hutan Lipur Lentang untuk bersarapan pagi di sana.

Walaupun agak jauh tetapi ada je yang datang ke sini semata-mata nak makan nasi lemak sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang tenang dan mendamaikan.

Nasi lemak sambal kerang dan sotong


Saya kongsikan sedikit gambar yang sempat saya ambil di Hutan Lipur Lentang ini. Sebelum ini boleh je mandi kat sini tetapi memandangkan semalaman hujan jadi air agak keruh dan laju dan tidak selamat untuk mandi kat sini.






Dah sarapan kami teruskan perjalanan kami ke Kampung Janda Baik. Agak jauh dari Hutan Lipur Lentang ini lebih kurang dalam setengah jam lebih juga. 


Alhamdulillah, dah lama berhajat nak datang sini akhirnya Allah berikan keizinanNya untuk kami sampai juga ke sini...menikmati keindahan ciptaanNya adalah satu rahmat buat kami.


Tempat ni memang cantik sangat-sangat. Kami pusing-pusing kat sana dan singgah kami di Riverside. Di sini menyediakan perkhidmatan chalet, khemah dan berkelah. Kat sini kami hanya sewakan satu wakaf untuk kami santai-santai. Harga sewaan wakaf ini RM 20.00 sahaja. Nak berkhemah di wakaf ni pun boleh. Ada juga wakaf yang sediakan bilik persalinan di tingkat atas wakaf tetapi dah penuh. Tiada had waktu untuk sewaan wakaf berkenaan dan harga yang berpatutan memang berbaloi datang ke sini. Datang secara walk in sahaja di sini dan siapa cepat dia dapat.




















Seharian kami di sini. Tak puas lagi kami bermandi-manda di sini. InshaAllah, jika diberi keizinanNya lagi sekali kami ingin ke sini dan menginap di Riverside.

Untuk rujukan dan panduan mengenai Riverside boleh klik link 


Lemang To'ki, Bentong, Pahang

Bismillahirrahmanirrahim..... Alhamdulillah. Apa khabar semua??? semoga kita semua dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.
Baru-baru ini saya berkesempatan singgah di Lemang To'ki, Bentong, Pahang. Sebenarnya, dah dua tiga kali saya ke Bentong tetapi tidak pernah berkesempatan untuk singgah ke restoran ini. Kebetulan saya ke Bentong untuk mengambil adik saya yang menuntut di UiTM Raub, Pahang dan berada di Bentong selama 3 hari 2 malam untuk menerokai apa yang ada di Bentong...heheheee... nak singgah banyak tempat tetapi masa yang singkat menghadkan perjalanan kami.
Saya ke Lemang To'ki pada malam hari pertama saya sampai di sini. Memang best lemang kat sini dan masakan panas pun best jugak. Kenalah dengan selera kami orang pantai timur. Kalau di Terengganu kita ada Lemang Kijal tetapi di Lemang Kijal tidak disediakan rendang ayam, daging atau serunding. Lemang Kijal hanya menjual lemang sahaja dan untuk rendang dan serunding pengunjung kena cari atau buat sendiri. 
Ayam Bakar

Lemang To'ki dan rendang

Makan dulu....









Lemang To'ki, Bentong, Pahang
Plan esoknya di siang hari kami ingin mandi di air terjun Chamang tapi atas sebab-sebab tertentu kami tukar hala tuju kami ke Janda Baik, Pahang. Untuk lihat catatan perjalanan kami seterusnya bolehlah klik di sini.