Siapa suka makan biskut kelapa kita geng... heheheee
Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2017M/1438H buat semua sahabat-sahabat online saya.
Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan juga buatkan biskut tradisi kegemaran saya ni... "Biskut Kelapa". Kalau dulu bila time nak raya memang biskut inilah yang sentiasa menjadi pilihan utama arwah emak saudara sediakan untuk santapan anak-anak saudaranya di rumah. Sekali buat memang berbalang-balang sebab nak bagikan sikit seorang anak-anak saudaranya. Sekarang dah tak dapat nak merasa air tangannya...rindu bertandang lagi. Moga arwah ditempatkan dikalangan para soleh dan solehah...amin.
Okaylah...kat sini saya kongsikan resepi Biskut Kelapa
Bahan-bahan :-
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1 cwn ++ tepung ubi
3/4 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
2 cwn ++ kelapa kering
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya :-
1. Pukul marjerin dan gula halus hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau.
4. Tambahkan tepung ubi secukupnya sehingga dapat diuli dengan tangan. {tepung ubi saya tambahkan lebih dari 1 cawan...saya masukkan tepung ubi ni sehingga adunan dapat dicanai}
5. Akhir sekali masukkan kelapa kering {saya letak lebih kurang 3 cawan}
6. Canai dan terap adunan mengikut acuan kesukaan masing-masing.
7. Panaskan dahulu oven.
8. Oleskan sedikit marjerin di dulang pembakar biskut bagi mengelakkan biskut melekat apabila masak nanti.
9. Susun biskut yang ingin dibakar ke dalam dulang dan bakar sehingga masak dengan suhu 160 darjah celsius selama 20 minit atau mengikut suhu ketuhar masing-masing.
10. Sudah masak sejukkan terlebih dahulu dan kemudian barulah boleh disusun ke dalam bekas kedap udara.
Terima kasih kerana sudi singgah di laman blog saya....