Thursday 1 February 2018

Cameron Highland



Alhamdulillah....hari ni baru berkesempatan nak update blog saya ni. Setelah sekian lama terperap sembunyikan diri bertapa entah ke mana...hehee.. al-maklumlah, keadaan saya yang kurang sihat semenjak dua menjak ni membuatkan saya terpaksa menyepikan diri buat seketika. 

Sebenarnya trip ke Cameron Highland ni pada hujung tahun lepas, tapi takpelah kan...saya nak share juga kat blog saya ni sekadar menjadi kenangan buat kami sekeluarga yang buat pertama kalinya kami dengan keluarga besar berkumpul beramai-ramai menjayakan trip ke Cameron Highland secara konvoi. Tak pernah lagi kami buat sebelum ni dan alhamdulillah, hujung tahun 2017 kami berkesempatan menjayakan apa yang dah lama kami plan nak buat.

Perjalanan kami bermula dari Kuala Terengganu - Dungun - Bentong - Cameron Highland. Kami bertolak dari Dungun ke Bentong pada 12 malam dan sampai di Bentong pada waktu subuh. Kami beristirehat di Bentong dan solat Subuh di Masjid Jamek Bandar Bentong. 

Gambar Ihsan En Google - Masjid Jamek Bandar Bentong
Gambar Ihsan En Google - Masjid Jamek Bandar Bentong
Setelah selesai bersolat subuh kami singgah untuk minum pagi di bazar Majlis Daerah Raub sekitar waktu 7.30 pagi. Memang kami plan bertolak malam sebab kami ingin sampai ke Cameron Highland sebelum masuk waktu untuk solat Jumaat. Takde lah nak kami rushing sangat kejar masa kan? Dan sempatlah jugak kami nak meninjau-ninjau dulu kawasan tanah rata Cameron Highland di petang hari, itu yang kami fikir. 


Bazar Majlis Daerah Raub - sarapan pagi di sini.

Seusai kami bersarapan kami teruskan perjalanan kami dan sampai di Masjid Kayangan Brinchang lebih kurang pukul 11.00 pagi. Kami check in di rumah rehat Masjid Kayangan Brinchang. Memang kami dah tempah awal-awal kat sini dan harga memang murah dari tempat lain, itu keutamaan kami.


Masjid Kayangan Brinchang - rumah rehat diuruskan oleh pengurusan Masjid Kayangan Brinchang dan hasil sewaannya digunakan sepenuhnya untuk pengurusan Masjid Kayangan Brinchang. Sekurang-kurangnya kami dapat juga memberi hasil dan sumbangan untuk masjid di sini.

Setelah selesai solat Jumaat kami keluar ke sekitar bandar Brinchang dan makan tengah hari di sini. Boleh tahan juga ramainya pengunjung kat sini. Walaupun bukan musim cuti sekolah pun tapi tetap ramai. Hujung minggu pun sentiasa penuh. Makanan kat kedai-kedai makan kat sini pun okay. Kenalah dengan selera kami.


Kedai makan pilihan kami. Menu yang banyak memudahkan kami buat pilihan. Ayam gorengnya sedap...

Sudah makan dan kenyang semua kami ke Big Red Strawberry. Kebetulan kami sampai kat sini hujan lebat, memang sejuk sampai ke tulang kami dibuatnya. Tapi jalan tetap jalan walaupun hujan agak merumitkan keadaan kami untuk melancarkan perjalanan kami.


Gambar kenangan kami di Big Red Strawberry

Jom petik buah strawberry
Segarnya sayur-sayuran kat sini...





Menu yang saya order. Sementara tunggu hujan reda, kita makan dulu...

Lama jugak kami lepak kat sini. Hampir dekat 2 jam lebih kami duk kat sini akhirnya hujan reda dan kami pun bertolak balik ke rumah rehat kami. Hujan masih lagi turun...renyai-renyai, rasa cam romantik lak pemandangan kat sini. Ye lah...sejukkan tempat tinggi lak tu, berkabus lah jadinya. Macam duk London musim sejuk gitu...hahaaa...berangan je lebih. Penangan tengok drama melayu kuat sangatlah ni.


Sejuk yang amat cuaca kat sini kalau time hujan.

Balik je kami dari Big Red Strawberry kami berehat dulu sambil-sambil lepak dengan family yang lain. Sebelah malam pulak kami keluar berjalan ke Pasar Malam Golden Hill untuk mencari cenderahati. Tak membeli mana pun saya malam tu just cuci-cuci mata dan beli cenderahati untuk kenang-kenangan. 


Pagi keesokannya kami teruskan agenda kami ke Kea Farm. Alhamdulillah, cuaca pada masa ni teramatlah baik dan memberi kami ruang dan peluang untuk berjalan. 


The big family





Kat dalam Kea Farm ada hotel tapi kami singgah duduk berehat jap...hilangkan lenguh kaki berjalan...huhuuu...apa-apa pun snap pic dulu...


Bekalan untuk dibawa pulang

Bunga ros...my favourite flowers

Bunga ros kat sini memang segar-segar dan cantik. Pelbagai warna ada tapi kalau beli dan bawa balik kat tempat kita kompem kelopak akan jatuh berderai...hahahaa...satu-satu kelopak tercabut.


Dah puas pusing-pusing kat Kea Farm kami ke destinasi seterusnya iaitu Cameron Lavender.



Pengunjung di hujung minggu termasuk kami.
Anok-anok wek...
Model cilik anok-anok wek..huhuuu








Okay...next kami ke Taman Rama-Rama. Lepaskan hajat anak-anak nak tengok pelbagai spesis rama-rama. 






Selain rama-rama ada juga haiwan lain yang turut dipelihara kat sini.








Destinasi seterusnya kami ke Ladang Tea Boh pulak...tempat wajib kalau datang ke Cameron Highland.






Penat seharian berjalan kami pulang dipetang hari ke rumah rehat dulu untuk rehatkan diri kami.

Pagi esoknya kami bertolak balik lebih kurang pukul 11 pagi selepas sarapan pagi melalui Tanah Tinggi Lojing Gua Musang dan berhenti makan tengah hari di R&R Gua Musang. Kami teruskan perjalanan kami melalui Felda Aring Tasik Kenyir dan alhamdulillah, selamat sampai ke Kuala Terengganu lebih kurang pukul 8.00 malam.

Alhamdulillah, perjalanan bersama The Big Family akhirnya berjaya juga dilaksanakan. Terbaik...