Saturday, 26 October 2019

"Walk & Hike For Wakaf 2019" Anjuran MAIDAM Terengganu

Tanggal 12 Oktober 2019 (sabtu) baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan untuk bersama-sama menyertai program "Walk & Hike For Wakaf" anjuran dari MAIDAM Terengganu buat pertama kalinya. Sebelum ini memang teringin sangat nak menyertai program-program seperti ini tetapi kekangan jarak dan masa yang tidak mengizinkan untuk kami sertai. Dan kali ini rezeki kami dapat sertai program seperti ini disamping berwakaf.

Program ini bertempat di Bukit Besar dan sekitar Taman Rekreasi Hiliran, Kuala Terengganu. 

Bersama-sama DJ selaku MC yang didatangkan khas dari Manis fm



Membuat senaman ringan dahulu untuk memanaskan badan.



Pelepasan program ini bermula di perkarangan Kompleks Seri Iman dan dilepaskan oleh YBrs. Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin.




Program ini telah disertai seramai 1503 peserta yang telah mendaftar dengan kadar bayaran yuran bagi dewasa RM30 dan bagi kanak-kanak RM20 sahaja. Wang pendaftaran ini akan disalurkan terus kepada akaun kerjasama Wakaf MAIDAM - Bank Rakyat. Program pertama hasil daripada kerjasama ini akan mendirikan sebuah pusat hemodialisis wakaf yang akan memberikan manfaat kepada pesakit yang kurang berkemampuan.


Pelbagai peringkat umur telah menyertai program ini.


Menggunakan jejantas untuk menuju ke Taman Rekreasi Hiliran.


Saya sekeluarga memilih untuk berjalan sahaja di Taman Rekreasi Hiliran. 




Sempat juga kami singgah dan berehat di Bukit Besar. Sekadar ambil gambar saja, tak naik atas pun...heheheee.


Seusai saja kami berjalan, kami balik kembali ke perkarangan Kompleks Seri Iman dan kami menerima sumbangan makanan dan minuman dari pihak penganjur.



Barisan urusetia yang mengagihkan makanan dan minuman kepada peserta.


Gerai jualan juga dibuka oleh pihak urusetia untuk kemudahan peserta.


Dalam dewan terbuka ini juga disediakan booth dari Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta dan juga dari Bank Kerjasama Rakyat.




Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda bertempat di Dewan Terbuka, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).




Dalam majlis penutup ini juga YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda berbesar hati menerima sumbangan wakaf tunai dari tiga daerah antara yang tertinggi kutipan wakaf tunai dari daerah-daerah yang lain.


Pusat Urusan Zakat Daerah Dungun telah menerima kutipan wakaf tunai yang paling tinggi dengan jumlah sumbangan sebanyak RM4,254.00


Manakala Pusat Urusan Zakat Daerah Hulu Terengganu telah menerima sumbangan wakaf tunai sebanyak RM3,755.00


Pusat Urusan Zakat Daerah Besut pula dengan kutipan sebanyak RM3,115.00

Sumbangan dan kutipan ini adalah dari tabung wakaf tunai yang telah disediakan disetiap Pusat Urusan Zakat Daerah. Orang ramai juga boleh terus berwakaf kepada akaun ini menerusi Jompay dengan billee code 20461 atau boleh terus berhubung dengan pihak MAIDAM Terengganu untuk sebarang pertanyaan.

Antara tiga pemenang cabutan bertuah yang menerima telefon, televisyen dan peti.




Tidak ketinggalan juga rezeki buat abang Solihin kali ini turut menerima hadiah cabutan bertuah dari Al-Ikhsan iaitu botol air dan topi berjenama Adidas. Nampak tak muka abang happy, senyum pun sampai ke telinga dahhhh....



Dah dapat hadiah....jom balik!!!!


Pesanan ringkas dari kami.... Mari kita sama-sama berwakaf, tak dapat wakaf melalui harta anda boleh berwakaf secara tunai mengikut kemampuan masing-masing.

Jom bangkitkan sosio-ekonomi ummah melalui wakaf anda !!!

Sumber info dan foto dari laman web MAIDAM Terengganu dan facebook Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu - Official

Monday, 21 October 2019

Kami Datang Lagi Sungai Bangan, Air Terjun Lubuk Kain, Hulu Dungun Terengganu



Kali ini saya bawa rombongan kawan-kawan saya pula datang ke sini. Air terjun Sungai Bangan Hulu Dungun, Terengganu.


Pintu gerbang Kampung Shukor menuju ke air terjun Sungai Bangan.
  
Alhamdulillah...rancangan menjadi seperti yang dirancangkan.

Kami ke sini hanya 3 keluarga sahaja. Bawa bersama kawan sepejabat yang belum pernah datang ke sini. Kebetulan pula adik praktikal di pejabat kami tinggal di sini. Jadi kami lanjutkan program kami dengan melawat kebun dan rumah adik kami ni...Sya.

Cerita ni dah sebulan lebih kejadiannya tapi saya baru berkesempatan untuk berkongsi memori terindah kami ini. Mengimbau kembali kenangan kami untuk dijadikan album kehidupan kami. 


Tenang damai je rasa bila dengar deruan air sungai ni.




Tempat jualan pun dah banyak gerai baru dibuka kat sini. Kalau dulu hanya ada 2 hingga 3 gerai je yang buka. Sekarang dah lebih dari tu. Rezeki buat penduduk kampung kat sini.

Kedai-kedai ni juga ada buat sewaan pelampung yang besar dengan kadar RM 10 - RM 15 mengikut saiz pelampung. Nak guna dari pagi sampai ke petang pun boleh. Tiada had masa diberikan. Baju, seluar, pelampung kanak-kanak, mainan air, minuman dan makanan ringan turut dijual di sini.


Sebelum berendam jom minum pagi dulu.







Kami ibu-ibu rendam kaki je pun dah cukup. Yang penting kami happy dapat tenangkan fikiran jauh dari kesibukan kerja.


Anak suka abah pun lagi suka main air...heheheee

Mama pun tumpang selfie...hehehee




Bila anak teruna minta mama ambil gambarnya yang ala-ala model air terjun


Bila si ayah menjadi pengasuh. Ibu-ibu boleh rehat dulu.

Seronoknya abang Naufal main air.



Lebih kurang pukul 11 lebih kami berkemas dan bersiap untuk ke kebun dan rumah Sya pula.


Kawasan kebun keluarga Sya ni memang dalam kawasan halaman rumah Sya je sebenarnya. Bertuah sungguh kami kerana keluarga Sya sudi menerima kedatangan kami 3 keluarga ni.


Terima kasih Sya dan keluarga sudi menjamu kami buah-buahan fresh dari kebun Sya.


Mmmmmmm....sedapnyeeee..heheheee


Adik pun suka makan durian....nyammmm...nyammmm. Dua tangan kau makan dik...apa-apa je lah dik asal kau makan sudah. Aunty La dengan Aunty Dah pun bersungguh benar makannya tu...heheheee. Sorry La & Dah, tercandid pulak.



Dah siap makan buah-buahan kami dihidangkan pulak dengan lauk pauk. Sedap yang amat....tambah lagi dengan makan beramai-ramai lagilah berselera kami. 


Inilah kami....sebelum makan berselfie dulu.

Jutaan terima kasih kak jie ucapkan buat Sya dan keluarga terutamanya atas kesudian menerima kedatangan kami semua. Dan tak lupa juga buat Dah dan keluarga, La dan keluarga kerana sudi menjayakan misi cuti-cuti Malaysia kita ini buat pertama kalinya.

Alhamdulillah....misi berjaya!!!

So... La dan Dah, ke mana kita selepas ini???

*maaf tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak. Tak sempat sebab terlalu fokus main air...teruja lah katakan...hehehee...*