Monday, 29 January 2024

Perjalanan Hantar Abang Solihin Menjalani Latihan Industri (Praktikal) Di Radiant Retreats, Janda Baik



Salam Sejahtera semua dan Selamat Tahun Baru 2024. Dah lama kesepian saya ni, sekejap tenggelam sekejap timbul. Hari ni baru diberi kesempatan mengisi ruang waktu di kamar blog saya. Sedikit sebanyak berkongsi cerita kisah kehidupan.

27 Januari 2024

Alhamdulillah, diberi kesempatan dan rezeki juga untuk abang Solihin untuk menjalani latihan industri (praktikal) di Radiant Retreats, Janda Baik bermula 28 Januari 2024 selama 6 bulan. Semoga segala usaha dan ilmu yang diperoleh akan memberi manfaat dan peluang untuknya terus meningkatkan dan memajukan dirinya.

Sedikit coretan perjalanan kami ke Janda Baik


Kami bergerak dari Dungun bermula pukul 8.00 pagi dan berhenti seketika untuk minum pagi di Hentian Mesra Corner, Kerteh.




Kami memang selalu minum pagi kat sini sekiranya melalui jalan ni sebab banyak pilihan.

Dah selesai minum pagi kami bergerak ke destinasi kami dan sampai sana lebih kurang pukul 12.00 tengah hari camtu.


Sampai sini kami ronda-ronda dulu dan buat carian dulu lokasi Radiant Retreats. Mudah untuk kami nak hantar abang Solihin. 


Dah jumpa tempat abang Solihin nak laporkan diri esok. Kami dah rancang nak menginap di Mama Papa Chalet tapi memandangkan kami sampai agak awal jadi kami pusing-pusing dulu melihat chalet, resort dan cafe yang ada di sekitar Janda Baik ni. 

Akhirnya....

Tempat persinggahan pertama kami ialah Karya di Janda Baik yang dimiliki oleh Puan Liza Abdullah, pelakon dan pelukis tempatan. Serius dah lama saya follow tiktok Karya di Janda Baik dan selalu berangan bilalah agaknya boleh dapat pergi ke Karya di Janda Baik dan bertemu mata dengan Puan Liza. Alhamdulillah, Allah izinkan. Terima kasih encik suami yang sudi melayan kehendak dan keinginan isterimu.

Sempat saya bergambar kenangan dengan Puan Liza dan juga membeli buku nota hasil seni Puan Liza sebagai tanda sokongan dan cenderahati untuk dibawa pulang.







Karya di Janda Baik juga mempamerkan hasil seni pelukis tempatan untuk jualan. Juga menyediakan bengkel seni bagi mereka yang ingin mencuba melukis dan mewarna mengikut citarasa dan olahan anda sendiri. 

Bengkel kat sini perlu dibuat temujanji terlebih dahulu dan berbayar kerana barang yang disediakan di Karya ini anda akan dapat bawa pulang sebagai kenang-kenangan. Rugi sangat rasanya kalau anda jalan-jalan kat Janda Baik tak singgah di sini. Adalah juga aktiviti untuk anda sekeluarga kan, terutama sekali anak-anak...mesti minat dengan melukis dan mewarna ni.

Selesai bergambar dengan Puan Liza kami pergi minum dahulu di Figgy's Cafe. Betul-betul bersebelahan dengan Karya.


Kat sini kami hanya minum-minum saja dan makan puding coctail. Kalau anda nak tau antara tengah-tengah bangunan ni ada ladang buah tin kat atas.








Sambil-sambil minum encik suami sempat contact dengan sepupunya yang menetap di sini iaitu menantu kepada Puan Liza Abdullah, encik Hamzi. Kebetulan kami dah berada di sini jadi kami bergerak ke tempat jualan kopi encik Hamzi pula iaitu Kopi Kamboh.


Bergambar kenangan bersama encik Hamzi.

Sempat juga kami minum kopi kat kedai encik Hamzi. Istimewanya kedai kopi ni, latte digunakan dari susu kambing segar hasil dari Janda Baik Goat Farm milik keluarga encik Hamzi.








Selesai minum kami terus pergi check in di Mama Papa Chalet lebih kurang pukul 2.30 tengah hari camtu.


Ini kali kedua kami menginap di chalet ni. Berpuas hati dengan kebersihan dan sungainya berdekatan saja dengan bilik kami. Sempat juga kami berendam mandi-manda kat sini.


Jom kita sejukkan badan dulu.



Lebih kurang pukul 4.30 petang kami pun naik ke bilik bersihkan badan dan siap-siap untuk makan malam di Restoran Pulau Santap.


Restoran ini juga adalah milik Mama Papa Chalet. Restoran ni di luar dari chalet jadi kami terpaksa bergerak keluar untuk ke restoran ni. Tapi okay juga sebab boleh juga kenal-kenal kawasan kat sini.


Bersebelahan dengan kedai ni ada ATV yang boleh disewa.

Antara menu yang kami makan kat sini...

Nasi ayam

Nasi lemak sambal udang

Nasi ikan keli

Nasi ayam grill

Nasi ikan bakar dan daging salai

Dah selesai makan kami pulang balik ke chalet dan berehat.

28 Januari 2024

Pagi ni sempat saya, encik suami dan anak berlegar di sekitar kawasan chalet. Sempat saya merakam sekitar halaman chalet.












Hidangan pagi kat sini disediakan dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.00 pagi. 
Jom, kita sarapan dulu....









Dah siap sarapan, tibalah masa untuk hantar abang Solihin.

Cabaran buat encik suami naik ke atas untuk turunkan abang dan barang-barangnya. Hahahaaa....pengalaman mengerikan kami kat sini. Lebih mencabar rasanya dari naik ke Lalang Resort.





Tetapi, alhamdulillah...semuanya dipermudahkan dan semoga abang Solihin juga dipermudahkan segala urusannya dan baik-baik saja sepanjang menjalani latihan kat sini.

Gelagat abang Solihin dan rakan-rakannya...








Selamat maju jaya buat abang Solihin dan rakan-rakannya. Semoga baik-baik saja dan segala urusan sepanjang latihan ini lancar dan sempurna....Aaminn.

#travel
#radiantretreats
#karyadijandabaik
#kopikamboh
#figgy'scafe
#mamapapachalet
#pulausantap
#jandabaik
#praktikal