Sunday, 31 August 2025

SD Family Day 5.0 Berada Di Pandan Laut Beach Resort




Alhamdulillah, akhirnya plan Family Day 5.0 bersama SD Family berjaya dilaksanakan di Pandan Laut Beach Resort.

Maafkan saya ye, sebab kejadian ni dah hampir sebulan berlalu...baru ada kesempatan dan ruang untuk saya siapkan coretan kenangan SD Family diblog saya. 

Kami buat program ni di hujung minggu sahaja sebab nak buat pada waktu cuti sekolah, bilik-bilik dah pun penuh orang tempah. 

***************************************

Hari pertama kami 4.7.2025

Sebelum memulakan perjalanan, jom kita sarapan pagi dulu.



Dah siap sarapan, kami bergerak ke RNR Bukit Besi dan berkumpul di sini dulu untuk konvoi sama-sama ke Pandan Laut Beach Resort. 

Bergambar kenangan dulu sebelum memulakan konvoi. Happening betul kali ni. Awalnya kami start travel dari tahun 2016 hanya bergerak dengan 3 - 4 family sahaja, kini bertambah kepada 12 family yang join.


Kita naikkan banner dulu untuk sama-sama bergambar kenangan. 


Tadaaaaa.....inilah kami. Mohon share ye kepada tuan punya gambar ni untuk dibuat kenang-kenangan diblog saya ye... Terima kasih. 

Kami teruskan perjalanan kami ke Setiu. Sesampainya di sana, masing-masing dah berpecah sebab nak singgah di kedai makan dulu untuk makan tengah hari. Yang lelaki pula nak bersiap-siap untuk sembahyang Jumaat. Jadi kami sekeluarga buat keputusan untuk makan tengah hari di kedai makan Selera Pantai yang berhadapan dengan Masjid Penarik. Senang untuk En Suami pergi sembahyang Jumaat.


Alhamdulillah, exora ku masih gagah beraksi... Terbaik!!! 


Jom makan dulu......... 



Alhamdulillah, selesai je En Suami solat Jumaat, kami terus bergerak ke Pandan Laut Beach Resort. 

Kali ni adik datang tanpa abang dan kakak sebab diorang tak dapat nak join event kali ni. Kesian adik, main sorang-sorang. It's okay dik... Nanti kita ajak abang dan kakak datang lagi ye. 








Sains Dungun Family Day 2025! The best of the year! 

Design baju SD Family Day kali ni. 


Abahnya pula syok betul lepak-lepak atas pentas ni.


Kalau buat family day tak lengkap rasanya tanpa kita buat game untuk anak-anak. Dan tak lupa juga ribuan terima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Norli and the team yang banyak menguruskan program family day ni dengan jayanya.

Let's get ready for the game! 


Adat permainan ada kalah dan menang. Apa yang penting adik berani tampilkan diri untuk bermain sama-sama. 






Group lelaki pula bermain bola sepak pantai. Memandangkan En Suami kurang sihat jadi dia secara tak langsung menjadi pengadil bagi game ni. 






Adik masa ni dah sibuk ajak pergi ke pantai sebab nak main buaian kat sini. 


Sambil-sambil tunggu adik main buaian saya share pemandangan pantai kat sini.




Dah puas naik buaian diajaknya pula naik ke pentas. Kalau malam-malam memang best duk kat sini. Layan angin malam. Petang pun dah best apalagi malam. 


Minta adik ambilkan gambar. Sesekali melayan suasana...hehehee...


Aktiviti petang??? Jom mandi kolam!!! 






Malamnya pula ada aktiviti bbq dan bertukar-tukar hadiah. 








Inilah hadiah yang kami dapat. Terima kasih semua....


Dalam banyak-banyak hadiah, hadiah penyu juga yang jadi rebutan anak-anak...hehehee

***************************************

Hari kedua kami 5.7.2025

Pagi kedua kami di sini, kami dikejutkan dengan kedatangan penyu di hadapan pantai Pandan Laut Beach Resort ni. 

Gambar di bawah ni dikongsikan rakan kami. Penyunya dah takde cuma tinggal tapak kakinya sahaja naik ke darat untuk bertelur. 


Sempat juga saya tengok secara dekat tapak kakinya dan tapak penyu ini bertelur. Untuk pengetahuan korang telur-telur penyu ini dah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk dipelihara dan disimpan ditempat pemuliharaan penyu. 




Siap ambil gambar kami pergi minum pagi di cafe Pandan Laut Beach Resort (sarapan pagi percuma untuk 2 orang). Seusai sarapan pagi sempat juga kami ambil gambar bertiga sebelum bersiap untuk check out. Begitu juga dengan yang lain. Ada yang dah check out dan bergerak keluar awal dari kami.




Pandan Laut Beach Resort, kami pulang dulu... Ada rezeki kami akan datang lagi. 

Terima kasih juga buat SAINS DUNGUN FAMILY kerana berjaya melaksanakan family day 2025. 

Next SD Family akan berada di mana???? 



#azimahmohd 
#azimahmohdblog 
#sdfamily
#familyday
#sainsdungun
#smsd
#pandanlautbeachresort