Gula hangus/karamel yang dah siap |
- Taburkan 2-3 sudu besar gula ke dalam loyang (atau mengikut kesesuaian saiz loyang anda.
- Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
- Biarkan gula cair dan matikan api setelah gula tadi bertukar warna keperangan.
Bahan-bahan Untuk Puding
1 tin susu cair
Bahan-bahan Puding |
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya
- Asingkan 3 biji kuning telur ke dalam bekas (putih telur masukkan terus ke dalam bekas pengadun untuk penyediaan meringue nanti).
- Masukkan 2 biji telur ke dalam bekas kuning telur tadi dan kacau perlahan-lahan.
- Masukkan susu, gula dan esen vanilla dan kacau sebati.
- Bila dah sebati, tapiskan adunan ke dalam loyang gula hangus tadi.
- Ketepikan dahulu.
Telur, susu, gula dan esen vanilla dikacau sebati |
Adunan puding yang ditapis ke dalam loyang gula hangus/karamel |
Adunan 1 (meringue)
6 biji putih telur (3 biji putih telur + 3 biji putih telur dari bahan puding)
1/4 cawan gula
1/4 cawan gula
1 sudu kecil cream of tartar
Cara-caranya
- Pukul putih telur sehingga berbuih dengan menggunakan mixer.
- Masukkan gula dan cream of tartar.
- Pukul lagi dengan kelajuan tinggi.
- Tips untuk meringue - bila diterbalikkan bekas adunan tidak jatuh bermakna meringue dah jadi.
- Ketepikan dahulu dan gunakan mixer tadi untuk adunan 2 pula.
3 biji kuning telur (baki dari bahan meringue)
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara-caranya
- Ayak tepung gandum dan baking powder.
- Kuning telur, minyak masak dan air dipukul hingga putih dan gebu.
- Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan menggunakan spatula secara kaup balik.
- Masukkan separuh adunan meringue ke dalam adunan 2. Kacau sebati dan masukkan separuh lagi adunan meringue dan sebatikan.
- Panaskan oven bersama tray oven yang diletakkan air (bain marie/double boiler) dengan suhu 170 degree
- Bahagikan adunan kek kepada 3 bekas/bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran anda.
- Sudukan ke dalam loyang puding dengan berselang-seli. Saya gunakan sukatan sudu sebanyak 4 sudu pertama untuk setiap warna, 3 sudu kedua untuk setiap warna, 2 sudu ketiga untuk setiap warna dan 1 sudu keempat untuk setiap warna.
- Bakar secara double boiling atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek masak.
- Sejukkan kek. Bila dah sejuk terbalikkan kek ke atas bekas pelapik kek atau pinggan.
- Mungkin akan berlaku lelehan air gula hangus di tepi kek dan lapkan perlahan-lahan bagi mengelakkan air gula meresap ke dalam kek kerana akan menyebabkan kek menjadi lembab.
- Potong kek ketika kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Enak dimakan kek ini selepas disejukkan dahulu di dalam peti sejuk.
Kuning telur, minyak masak dan air dipukul hingga gebu |
Setelah gebu masukkan gula |
Masukkan tepung sedikit demi sedikit |
Setelah disebatikan dengan tepung |
Masukkan meringue dan sebatikan |
Adunan kek yang dah siap |
Warnakan mengikut pilihan anda |
Sudukan adunan kek ke atas loyang karamel mengikut sukatan sudu anda |
Hasilnya selepas mengikut sukatan sudu 4,3,2 dan 1 |
Panaskan suhu 170 degree dan bakar selama 50 minit dengan kaedah bain marie/double boiler |
Setelah kek disejukkan |
Dan inilah hasilnya...... Kek Puding Karamel Pelangi!!!!