Saturday, 26 June 2021

Resepi Aiskrim Kacang Hijau Dijamin Sedap Dan Lazat!!!



Hai korang....bertemu kita lagi kali ni, alhamdulillah. Moga semuanya dalam rahmat Allah hendaknya...aaminn.

You all baca tak tajuk kat atas tu? Aiskrim kacang hijau...sape yang suka kita gang 👍😁

Kacang hijau ni beli untuk kak mia nak siapkan projek hidroponik dia. Gunanya sikit je tapi belinya 500 gm. So...jawabnya mama ni buatkanlah aiskrim kacang hijau. 

Dah lama juga sebenarnya nak makan aiskrim kacang hijau ni tapi kat sini takde jual aiskrim camni. Dah alang-alang bahan dah ada, so...saya buatlah mengikut citarasa saya sendiri.

Saya cuba juga lihat-lihat resepi kacang hijau yang orang buat tapi cam tak berapa kena dengan citarasa saya. Sebab resepi lain diorang masukkan susu pekat dan susu cair. Tapi bagi saya lebih suka santan je sebab lemak santan dan kacang hijau tu adalah satu kombinasi yang cukup enak bagi saya. Kalau ada peluang dan masa lain saya akan cuba follow resepi diorang. Hari ni saya buat ikut apa yang saya rasa sesuai dengan citarasa saya.

Bahan-bahan :-

500 gm kacang hijau
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 keping gula melaka
Garam
Gula
Air
Plastik aiskrim

Cara-caranya sepertimana di bawah :-




1. Basuh bersih dan toskan kacang hijau. Masukkan ke dalam mangkuk.




2. Masukkan air ke dalam mangkuk berisi kacang hijau tadi dan rendam sehingga kacang tadi kembang. Saya rendam lebih kurang 4 jam. 


Kenapa saya rendam dulu? Kerana untuk percepatkan proses kacang ni masak nanti. Terpulang pada you all kalau nak masak terus tapi kena masak lama lah sikit sehingga kacang ni betul-betul lembut.




Inilah hasilnya setelah direndam lama. Kalau nampak kacang tak kembang lagi tapi air dah menyurut bolehlah ditambah lagi airnya sehingga kacang kita ni betul-betul kembang elok.



3. Dah kembang elok masukkan kacang ke dalam periuk, tambahkan air agak-agak je tapi jangan terlalu banyak sebab nanti nak masukkan santan dan air lagi.

4. Masak dengan api yang sederhana sahaja.






5. 1 1/2 keping gula melaka dihiris kecil-kecil seperti gambar ni untuk cepat hancur bila dimasak nanti.




Okay...ni saya guna santan ekstrak krim kelapa brand kara. Apa-apa brand atau santan segar pun boleh.




6. Bila kacang dah nampak empuk, ambil dalam 2 senduk dan masukkan dalam mangkuk lain. Bakinya di dalam periuk teruskan dimasak dengan api yang sederhana.




7. Kacang yang diasingkan tadi dilenyek atau dihancurkan sedikit untuk dapatkan rasa kekacang pada kuah nanti.




8. Dah siap dilenyek masukkan balik ke dalam periuk. Masukkan santan dan 2 gelas air dan kacau sebentar.

9. Bolehlah masukkan gula melaka, gula dan garam secukup rasa. Teruskan kacau dan masak hingga semuanya sebati dan secukup rasa.




Untuk buat aiskrim ni perlu dilebihkan sedikit gula sebab untuk dapatkan rasa manis aiskrim nanti. Saya buat agak-agak ikut selera dan citarasa saya. Nak manis atau kurang manis terpulang pada citarasa masing-masing.




Inilah hasilnya setelah siap dimasak. Kita sejukkan dulu sebelum masukkan ke dalam plastik aiskrim.




10. Dah sejuk barulah kita masukkan ke dalam plastik aiskrim ni. Pastikan diikat kemas ye, kalau longgar nanti aiskrim jadi tak cantik.

11. Dah siap ikat semua, masukkan ke dalam freezer dan biarkan semalaman.

Saya ikat dengan tangan je tak pandai nak buat ikat dengan tali yang cam diorang tunjuk tutorial mudah ikat aiskrim.

You all pun boleh je letak guna apa-apa bekas acuan aiskrim yang you all ada.



Inilah hasil aiskrim saya yang dah siap. Sambil-sambil nak masak untuk lunch bolehlah ngappp aiskrim kacang hijau ni. Sedap lemak berkacang gitu.....nyammm nyammmm.

Sehingga bertemu lagi dan selamat mencuba!!!! 


#pkp3
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#covid19
#aiskrimhomemade
#foodbloggermalaysia



Tuesday, 15 June 2021

Cheesekut Nestum Mudah Dan Ringkas



Hai semua....apa khabar. Masih dalam tempoh pkp lagi ye kita. Sekarang ni dah pkp 3.0 dan dah lama juga saya tak upload apa-apa di blog saya ni.

Okaylah..hari ni saya just nak share resepi yang amat senang, ringkas dan mudah. Boleh juga buat bersama anak-anak sebagai aktiviti bersama keluarga semasa dalam tempoh pkp ni. 

Cheesekut Nestum...siapa yang tak sukakan dessert ni kan? Saya tetiba rasa nak makan sangat bila duk melayan warga tiktok yang postkan entry masakan cheesekut diorang. Terus minta anak bujang pergi belikan barang-barang untuk buatkan cheesekut nestum ni.

So now... saya tunjukkan bahan-bahan yang kita perlukan ye.


Okay...apa yang kita perlukan kat sini ialah :-

250 gm cream cheese tatura (apa-apa brand pun boleh)
Susu pekat manis
Susu full cream/susu cair
Biskut cream crackers
Milo
Nestum
Esen vanilla

*saya guna susu cair sebab barang dah ada kat rumah, so pakai apa yang ada je*

Jom kita tengok cara buatnya pulak 


250 gm cream cheese, 1 cawan susu pekat dan 2 - 3 sudu besar susu cair atau susu full cream disatukan dalam 1 mangkuk.


Gunakan mixer untuk sebatikan bahan-bahan tadi dan setelah semuanya sebati masukkan 1 sudu esen vanilla dan dikacau lagi sehingga tiada cream cheese yang berketul.


Now, ambil susu cair atau susu full cream masukkan ke dalam 1 mangkuk kecil. Ambil sekeping biskut cream crackers dan celupkan biskut di kedua-dua bahagian. Just celup sekejap sahaja untuk dapatkan tekstur biskut yang lembut dan sedikit crunchy.


Biskut yang dah dicelup susu tadi bolehlah disusun dan diletakkan ke dalam bekas. Kemudian letakkan dan sapukan rata cream cheese yang kita dah kacau sebati tadi. 

Apa-apa bekas pun boleh ye, asalkan berpadanan dengan bahan yang kita gunakan ni. Kat sini saya gunakan bekas makanan yang saya buat jualan tiramisu cheesecake. Senang nak makan dah takyah nak potong-potong bagai.


Dah ratakan cream cheese atas biskut tadi, kita taburkan pula dengan nestum.


Letakkan pula biskut yang telah dicelup kat atas nestum tadi dan ratakan lagi cream cheese kat atasnya.


Untuk bahagian tengah ni saya cuba buat kelainan sedikit. Saya tambahkan milo untuk dapatkan sedikit rasa coklat pada cheesekut ni. Terpulang pada you all sama ada nak layer dengan nestum jugak ke atau dengan buah-buahan ke, it's up to you guys.


Okay next, kita ulang sekali lagi benda yang sama...letakkan biskut yang dah dicelup dengan susu cair tadi untuk lapisan akhir.

Sebenarnya terpulang pada bekas korang ye. Untuk buat berapa lapis ni you all kena tengok size bekas. If bekas kecik tapi tinggi bolehlah buat banyak lapis.


Ni lapisan yang last, saya taburkan nestum dan milo kat atasnya....siap!!!

Simple je kan???


1 adunan yang saya buat ni bolehlah dalam 11 bekas kecik ni.


Nak sedap saya sejukkan dulu kat dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam atau seharian. Makan sejuk-sejuk or buat minum petang, santai-santai luar rumah sambil layan anak-anak main....fuuhhhh, syok weihhhh.


Selamat menjamu selera guys....

#staysafe
#stayhome
#covid19
#pkp3.0
#cheesekutnestum