11.03.2022 - Jumaat
Konvoi kami kali ni melibatkan 10 keluarga.
Berhenti pula kami sekali lagi untuk minum pagi dulu. Sampai kat RnR Temerloh lebih kurang pukul 9 - 10 pagi camtu lah.
Masuk simpang Kg Bukit Tinggi Janda Baik berhenti kat sini sekejap tunggu kawan yang tertinggal di belakang.
Durian oooo durian....siapa peminat durian kat sini? Heheheeee...
Alhamdulillah, akhirnya selamat kami sampai ke destinasi kami. Lebih kurang jam 12.30 camtu. Terus kami check in dan pickup barang-barang bawak naik bilik sebab group lelaki nak pegi solat Jumaat pulak.
Kami menginap di bilik nombor 8
Inilah bangunan penginapan kami. Saya duduk yang paling hujung sekali di tingkat atas.
Ada lagi bangunan tambahan yang akan disiapkan tak lama lagi. Saya kira-kira dalam 6 unit semuanya dalam 1 bangunan ni. View cantik nak buat family day sangat-sangat sesuai sebab kawasan pun luas. Kereta tak boleh parking area sini sebab tu takde gangguan nak buat sebarang aktiviti atau acara.
Pokok-pokok bunga cantik sangat kat sini.
Bunga kantan pun dijadikan landskap. Cantik kan?
Bagus owner chalet ni sediakan 1 ruangan khas untuk pengunjung khususnya anak-anak untuk bermain kat sini. Ada mainan memanah dan lagi 1 bola apa entah nak panggil mainan ni. Adik main buih sabun je sebab malu nak join dengan kakak-kakak. Buih sabun ni dah bawak siap-siap dari rumah. Taknak adik bosan nanti.
Walaupun airnya agak keruh tapi takpe, kami enjoy...alhamdulillah.
Saya rendam kaki sudahlah. Tak pandai sangat nak selam-selam ni. Duk bertenggek atas batu sambil rendam kaki pun dah terapi minda buat saya. Datang sini nak tenangkan fikiran dan nikmati alam semulajadi.
Abang merenung masa depan. Heheee...
Adik dengan abah bukan main seronok ye...
Pengalaman yang tak boleh lupa sebab adik hanyut terlepas tak sempat nak pegang. Hahaaa...nasib baik abang cepat-cepat pergi pegang adik. Dalam kita bergembira seronok-seronok tu anak kecik tak boleh lepas dari pandangan mata. Bimbang camnilah....walaupaun airnya cetek je tapi kalau arus deras kena hati-hati jugak ye.
Bergambar kenangan dengan kanak-kanak riang.
You all tahu tak binatang apa ni? Kat tempat saya binatang ni dipanggil rriang. Nama saintifik saya tak tau. Kalau kat tempat korang panggil apa ye?
Nilah kedai kopi ladang yang diorang pergi.
Nasib baik pandai ambil hati. Dah pergi minum kedai tak bawak isteri tapi ada jugak bawak balik sebotol untuk bagi isteri. Yang ni hazelnut latte. Sedap sangat.
Kita pergi ke aktiviti malam pula. Bakar ayam, kambing, jagung dan sosej. Sebenarnya pihak challet ni ada buat pakej makan malam bbq dan sarapan pagi. Harganya agak mahal jugaklah tapi makanan mewah yang amat. Banyak sangat makanan yang dah diorang sediakan sebenarnya. Tapi memandangkan kami ada bawa jugak ayam, kambing, sosej dan jagung sendiri dan nak ada aktiviti jugak untuk bbq malam tu jadi pihak chalet sediakan tempat untuk kami bakar.
Antara menu untuk makan malam kami.
Bihun goreng
Kambing bakar
Ayam bakar
Sosej bakar
Kentang goreng dan nugget
Salad pun banyak tau.....
Buah-buahan lagi....
Tempat pun bersih, kemas...
Yang ni kakak mia punya....
Yang ni pulak mama kak mia punye....hehehe
Makan bertiga saja memandangkan abahnya dan abangnya masih lagi ber bbq kat belakang.
Dan seusainya makan malam agenda seterusnya adalah pembahagian hadiah cabutan bertuah untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan dari setiap staf yang terlibat.
Giliran dipanggil untuk mencabut nombor bertuah.
Dan inilah hadiah yang telah kami terima....alhamdulillah, terima kasih kepada penyumbang hadiah.
Dan ini pula hadiah dari kami.
Hadiah ni memang menjadi rebutan anak-anak.
Selesai saja acara pembahagian hadiah, kami naik ke bilik masing-masing untuk beristirehat.
12.03.2022 - Sabtu
Selamat pagi.....hari ni dah nak check out. Kami minum pagi dulu dengan sarapan nasi lemak yang dah disediakan pihak chalet.
Adik merenung jauh sebab abah tinggalkan dia lagi, pergi minum kopi ladang dengan kawan-kawannya sebelum nak bertolak balik.
Dah serahkan kunci...
Bergambar kenangan dulu....
Alhamdulillah...keluarga kecil kami
Bergambar kenangan bersama SD Staf
Dah siap bergambar kenangan, masing-masing bergerak mengikut destinasi diorang. Ada yang nak pergi Genting Highland Premium Outlet, ada yang nak masuk bandar Kuantan dan ada jugak yang nak balik terus.
Perjalanan kami sama dengan diorang, ada destinasi kami sendiri iaitu Goat Farm Janda Baik. Perjalanan kami ini akan saya ceritakan di Part 2
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan penginapan Chalet Mama Papa dan Kopi Ladang Restoran ni bolehlah cuba layari facebook diorang ni