Saturday 19 March 2022

Perjalanan Singkat Tapi Padat Part 1 : Menginap Di Chalet Mama Papa Janda Baik Dan Minum Kopi Ladang Janda Baik



First entry 2022

Dah lama sangat tinggalkan blog ni. Tak banyak sangat aktiviti semenjak dua menjak ni. Nak buat camne, dengan pkp, pkpd lagi. Nak buat blog pun takde mood. Alhamdulillah, tahun ni first jalan-jalan buat family day antara staf di pejabat en suami.

Kali ni kami buat trip ke Janda Baik, Pahang. Menginap di Chalet Mama Papa Janda Baik, Pahang.

11.03.2022 - Jumaat

Perjalanan kami sekeluarga agak lewat lebih kurang pukul 7.30 camtu baru kami gerak sebab pergi ambil ayam (yg diperap siap2) untuk bbq mlm nanti di rumah kawan abang saya. Berhenti berkumpul dulu kami di RnR Kijal utk bergerak secara konvoi ke destinasi kami.


Konvoi kami kali ni melibatkan 10 keluarga. 


Bergambar kenangan dulu sebelum bergerak.


Berhenti pula kami sekali lagi untuk minum pagi dulu. Sampai kat RnR Temerloh lebih kurang pukul 9 - 10 pagi camtu lah.


Abang makan sorang-sorang je...ada yang sudi nak temankan abang ke? Hahaaa...

Dah siap makan kami teruskan perjalanan.


Masuk simpang Kg Bukit Tinggi Janda Baik berhenti kat sini sekejap tunggu kawan yang tertinggal di belakang. 


Durian oooo durian....siapa peminat durian kat sini? Heheheeee...


Alhamdulillah, akhirnya selamat kami sampai ke destinasi kami. Lebih kurang jam 12.30 camtu. Terus kami check in dan pickup barang-barang bawak naik bilik sebab group lelaki nak pegi solat Jumaat pulak. 


Sebelum en abang nak pergi solat sempat lagi pasangkan banner kat sini. Dah siap pasang diorang pergi solat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar.




Kami menginap di bilik nombor 8


Alhmdulillah, penginapan yang selesa dan bilik luas dengan 4 single bed. Cukup untuk kami sekeluarga. Bilik kat sini ada banyak pilihan ye, terpulang pada you all nak pilih yang mana. Yang murah ke yang mahal ke. It's up to you. Harga bilik macam biasa mengikut kepada fasiliti yang dah disediakan ye. Bilik yang saya menginap ni harganya RM300

Okay, jom saya tunjuk view kawasan chalet pulak. Let's go....


Okay, ni gambar yang saya ambil dari bilik saya di tingkat atas ye. Setiap bilik ada 1 balkoni yang boleh tengok view sungai ni. Dari bilik pun dah boleh dengar bunyi air. Syok sangat-sangat. Sejuk je tempat ni.


Inilah bangunan penginapan kami. Saya duduk yang paling hujung sekali di tingkat atas.


Ada lagi bangunan tambahan yang akan disiapkan tak lama lagi. Saya kira-kira dalam 6 unit semuanya dalam 1 bangunan ni. View cantik nak buat family day sangat-sangat sesuai sebab kawasan pun luas. Kereta tak boleh parking area sini sebab tu takde gangguan nak buat sebarang aktiviti atau acara.










Pokok-pokok bunga cantik sangat kat sini.




Bunga kantan pun dijadikan landskap. Cantik kan?


Adik sempat buat gaya dia...hahaaaa


Bagus owner chalet ni sediakan 1 ruangan khas untuk pengunjung khususnya anak-anak untuk bermain kat sini. Ada mainan memanah dan lagi 1 bola apa entah nak panggil mainan ni. Adik main buih sabun je sebab malu nak join dengan kakak-kakak. Buih sabun ni dah bawak siap-siap dari rumah. Taknak adik bosan nanti.


Bola nilah yang saya maksudkan. Adik pun cuba main bola ni.

Dah penat main adik ajak naik bilik dulu nak rehat katanya. So, kami pun naik ke bilik dan solat dulu. Dah balik abahnya, diorang ajak abahnya mandi sungai.


Dah ramai rupanya yang turun mandi.


Walaupun airnya agak keruh tapi takpe, kami enjoy...alhamdulillah.


Saya rendam kaki sudahlah. Tak pandai sangat nak selam-selam ni. Duk bertenggek atas batu sambil rendam kaki pun dah terapi minda buat saya. Datang sini nak tenangkan fikiran dan nikmati alam semulajadi. 


Abang merenung masa depan. Heheee...


Bila abang nak swafoto adik plak yang kacau abang, redha je lah bang...


Adik dengan abah bukan main seronok ye...


Pengalaman yang tak boleh lupa sebab adik hanyut terlepas tak sempat nak pegang. Hahaaa...nasib baik abang cepat-cepat pergi pegang adik. Dalam kita bergembira seronok-seronok tu anak kecik tak boleh lepas dari pandangan mata. Bimbang camnilah....walaupaun airnya cetek je tapi kalau arus deras kena hati-hati jugak ye.


Bergambar kenangan dengan kanak-kanak riang.


You all tahu tak binatang apa ni? Kat tempat saya binatang ni dipanggil rriang. Nama saintifik saya tak tau. Kalau kat tempat korang panggil apa ye?


Lebih kurang pukul 3.30 atau pukul 4 macam tu kami pun naik bersihkan diri di bilik masing-masing. Yang group lelaki plak dah rancang nak keluar pergi ke Kopi Ladang Restoran Janda Baik. Kami group perempuan just sembang je kat bawah ni sambil tengok anak-anak main kat padang.


Nilah kedai kopi ladang yang diorang pergi.


Kopi dia memang sedap. 


Nasib baik pandai ambil hati. Dah pergi minum kedai tak bawak isteri tapi ada jugak bawak balik sebotol untuk bagi isteri. Yang ni hazelnut latte. Sedap sangat.

Kita pergi ke aktiviti malam pula. Bakar ayam, kambing, jagung dan sosej. Sebenarnya pihak challet ni ada buat pakej makan malam bbq dan sarapan pagi. Harganya agak mahal jugaklah tapi makanan mewah yang amat. Banyak sangat makanan yang dah diorang sediakan sebenarnya. Tapi memandangkan kami ada bawa jugak ayam, kambing, sosej dan jagung sendiri dan nak ada aktiviti jugak untuk bbq malam tu jadi pihak chalet sediakan tempat untuk kami bakar.


Antara menu untuk makan malam kami.


Bihun goreng


Kambing bakar


Ayam bakar


Sosej bakar


Kentang goreng dan nugget


Salad pun banyak tau.....


Buah-buahan lagi....


Tempat pun bersih, kemas...


Yang ni kakak mia punya....


Yang ni pulak mama kak mia punye....hehehe


Makan bertiga saja memandangkan abahnya dan abangnya masih lagi ber bbq kat belakang.


Dan seusainya makan malam agenda seterusnya adalah pembahagian hadiah cabutan bertuah untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan dari setiap staf yang terlibat.


Giliran dipanggil untuk mencabut nombor bertuah. 


Dan inilah hadiah yang telah kami terima....alhamdulillah, terima kasih kepada penyumbang hadiah.


Dan ini pula hadiah dari kami.


Hadiah ni memang menjadi rebutan anak-anak.

Selesai saja acara pembahagian hadiah, kami naik ke bilik masing-masing untuk beristirehat. 

12.03.2022 - Sabtu

Selamat pagi.....hari ni dah nak check out. Kami minum pagi dulu dengan sarapan nasi lemak yang dah disediakan pihak chalet.


Adik merenung jauh sebab abah tinggalkan dia lagi, pergi minum kopi ladang dengan kawan-kawannya sebelum nak bertolak balik. 


Dah serahkan kunci...


Bergambar kenangan dulu....


Alhamdulillah...keluarga kecil kami


Bergambar kenangan bersama SD Staf

Dah siap bergambar kenangan, masing-masing bergerak mengikut destinasi diorang. Ada yang nak pergi Genting Highland Premium Outlet, ada yang nak masuk bandar Kuantan dan ada jugak yang nak balik terus. 

Perjalanan kami sama dengan diorang, ada destinasi kami sendiri iaitu Goat Farm Janda Baik. Perjalanan kami ini akan saya ceritakan di Part 2

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan penginapan Chalet Mama Papa dan Kopi Ladang Restoran ni bolehlah cuba layari facebook diorang ni



Thank you guys.....jangan lupa temujanji kita di Part 2

#familytrip
#jandabaik
#familytime
#chaletmamapapa
#kopiladangrestoran
#kopiladang
#chalet
#mama
#papa
#kopi
#coffea
#ladang

No comments: