Friday 29 November 2019

Family Day Ganazzz & X70 Komuniti di Pondok Waris Bentong Pahang

Hai semua....dah cuti sekolah kita sekarang ni kan. Mesti ramai yang rancang nak pergi mana-mana bawa keluarga jalan-jalan kan. Alhamdulillah, saya dan keluarga kali ni berkesempatan dan berpeluang ke Pondok Waris di Bentong, Pahang. Kami ke sana mengikuti program Family Day group Ganazzz dan X70 Komuniti. Pertama kali tau kami ikut program seperti ni.

Baju yang ditempah khas dari kami di Terengganu untuk program ni.

***************************************

23.11.2019 (Sabtu)

Cuaca pagi ni hujan renyai-renyai. Biasalah kan, dah nak masuk musim tengkujuh ni. Sebelum bertolak ke Bentong kami sarapan pagi dulu di kedai Kak Yah Roti Canai di Dungun sambil-sambil kami tunggu 2 keluarga lagi yang turut serta dalam program ni dari Kuala Terengganu.


Saja ambil gambar dari dalam kereta konon-konon pakai kamera Canon. 


Inilah kedai Kak Yah Roti Canai. Perempuan tau yang menebar roti canai kat sini. Bukan calang-calang orang. Kalau saya yang tebarkan roti canai mungkin tak nampak gaya roti canai. Setakat lempeng tu bolehlah buat...hahaaa.


Kami berkonvoi hanya 3 keluarga sahaja. Berehat seketika kami di RnR Gambang.

Alang-alang perjalanan kami menuju ke Bentong, kami masuk ke Temerloh dulu untuk makan tengahari. Siapa peminat lauk patin masak tempoyak boleh singgah kat sini "Kancil Raja Patin". Lauk lain pun ada juga tau kat sini.





Kedai ni betul-betul di pinggir sungai. Memang ramai jugalah pengunjung kedai makan kat sini. Yelah kan, kedai ni dah viral dan memang sedap masakan tempoyak kat sini.



Kami ambil lauk ni saja...ikan patin masak tempoyak dan pais patin. Makan sekali dengan ulam-ulaman dan sambal tempoyak....fuhhhhh...sedap hingga menjilat jari. Kalau ikutkan memang tak cukup nasi 1 pinggan tapi tak boleh ikutkan nafsu makan, yang penting diet okay...hahahaaa.


Abang nampak sangat tak cukup nasi. Minta nasi tambah tapi disebabkan kami kejar masa abang terpaksa...ehemmm..ehemmm jelah jawabnya. Kesian abang...huhuuu...takpe bang, lain kali ada rezeki kita datang lagi ye.


Sempat lagi tu beli tempoyak buat bekalan balik nanti. Kalau tak beli memang meroyan lah kami teringatkan tempoyak temerloh. 
Nak datang kat sini lagi belum tahu lagi bila dapat datang.

Kami teruskan perjalanan kami ke Bentong. Dah sampai Bentong kami berhenti dulu di Masjid Bentong untuk solat dan kami teruskan perjalanan ke Felda Bilut untuk berjumpa kawan di kedai makan miliknya. Selesainya kami berjumpa kawan kami balik semula ke Bentong untuk menginap semalam di homestay kat sana.



****************************************

24.11.2019 (Ahad)



Hari kedua kami di Bentong kami keluar homestay lebih awal. 

Sebelum kami ke Pondok Waris kami minum pagi dulu di Lemang To'ki. Dah sampai Bentong tempat makan wajib singgah kat sinilah.







Alhamdulillah, sempat juga bertemu adik sekeluarga sebelum adik berpindah ke Kuala Lumpur. InshaAllah, ada rezeki dan masa kami ke Kuala Lumpur pula. 

Selesai minum pagi kami terus ke Pondok Waris.




Dah sampai kami dijamu dengan pelbagai menu. Terima kasih Ganazzz dan X70 Komuniti. Makanan semua sedap-sedap.




Ayam, daging, sosej dan udang bakar pun ada. Alhamdulillah, kami makan dari pagi sampai ke petang...perut memang tak sempat nak lapar...heheeee.






Nak makan banyakkan jadi abang kenalah tolong bakar jugak. 

Inilah kawasan perkhemahan yang disediakan oleh Pondok Waris. Cantik kawasan ni. Memang sesuai sangat bagi mereka yang suka suasana alam semulajadi ni. Yelahkan, tidur dalam khemah sambil menikmati bunyi deruan air sungai yang mengalir. 





Boleh juga kalau nak bawa khemah sendiri. Pokok durian pun banyak kat sini. Kalau kebetulan datang masa musim durian dan durian luruh memang dapat makan percuma lah jawabnya. Tapi, bukan rezeki kami kali ni sebab kami datang musim durian dah habis.


Acara sukaneka yang sempoi dan ringkas tapi beri keseronokan buat kami semua. Dah alang-alang datang orang ajak main kita main je lah kan. Takpe kalau kalah dan takde hadiah pun janji kami seronok.


Kak Mia main rebut kerusi dan dapat tempat ketiga. Mama pun main jugak rebut kerusi kategori dewasa tapi dapat tempat ketiga sama dengan Kak Mia jugak. Takpe...yang penting, kami seronok dapat main.


Ini kategori abah pulak. Main pecahkan belon di kaki lawan. Siapa yang dapat pertahankan belon dialah yang menang.


Ini pula kategori mama lagi...tak dapat nak kalahkan wanita yang gagah perkasa disebabkan mama yang tak kuat dan lembik. Uishhh...sakit beb nak main tarik tali ni kalau kena dengan lawan yang kuat. Maaf tuan rumah kerana saya kalian kalah....huhuhuuu. 

Abah pun ada juga main tarik tali kategori lelaki dan kumpulan abah dapat tempat pertama....yeeeyyyyyy!!!! hahahaaa...mama je yang terlebih kat sini...hahahaaa


Adik lak suka main lari-lari minta mama kejarkan dia. Saje je kan nak mama kurus suruh mama lari kejar adik.



Aktiviti wajib bila air tenang dan cuaca elok. Mandi sungai lah...apa lagi. 


Adik takleh nak main air sungai sebab takde orang nak layan adik. Jadi, abang main belon dengan adik dulu.


Mama pun tak mandi sungai jugak sebab malas nak bersalin pakaian....hahahaaa. Jadi mama berswafoto je lah.

Inilah hadiah yang telah kami rangkul hari ni.


Hadiah utama cabutan bertuah!!! Alhamdulillah....


Ini pula hadiah pertama acara tarik tali.




Kami 3 keluarga dari Terengganu.








Berborak dulu sebelum bertolak balik.

Sebelum balik ke Terengganu kami bercadang menginap di Hotel Seri Malaysia, Kuantan untuk 1 malam. 




Tengoklah cinonet mama ni. Muka ada happy jap lagi abang bawa adik main kolam...yeeeeyyyyy!!!!


Abang Smurfs pun ada ni haaaa.




Kakak dan abang ni kan memang suka berswafoto diorang ni. Dah penuh phone mama dengan gambar diorang mama pilih yang ni je ye....hehehee.

Okay...makan malam kami di Kuantan kami pergi ke De 'Western Corner. Sempat juga kami berjumpa dengan kawan kat sini. Dialah yang cadangkan kami makan malam kat sini. Kat sini bukan saja menu western ye, nasi goreng, mee goreng, nasi putih, tomyam pun boleh diorang buatkan.


Malam ni kami pilih makanan western. Banyak tau 1 pinggan ni penuh...sedap sangat-sangat.


Spaghetti Carbonara


Chicken Chop Kids


Nasi Goreng Chicken Chop



****************************************

25.11.2019 (Isnin)

Pagi Isnin lebih kurang pukul 9 lebih kami dah mula keluar dari hotel dan pergi cari kedai makan untuk minum pagi. Dah pusing dua tiga kali akhirnya jumpa kami kedai makan kat sini.

Menu makanan pun banyak. Ada roti canai, nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang, mee goreng, nasi goreng, kuih-muih dan banyak lagi. 




Dah kenyang perut makan kami masuk bandar Kuantan sekejap. Singgah pergi cuci-cuci mata, window shopping.

Adik terkejut tengok Didi besar sangat. Dia memang minat sangat dengan Didi. Tapi bila dah ada depan mata takutlah pulak.


Mama layankan aje Kak Mia nak bergambar.






Adik dah sibuk dengan kereta ni ha...alahai dik, seronok ye dapat naik kereta tak bergerak ni....hehehee. Saja tak nak masukkan token sebab tak nak ajar dia yang benda dia naik ni boleh bergerak. Sebab nanti timbul seronok main tak nak balik pulak kan susah jadinya.


Haaaa...ni upahnya adik masuk mall. Beg sekolah Nana. Ni dia sendiri yang pilih tau. Dah pegang tak nak bagi orang dah. Kakak shopping beg sekolah takkan adik tak dapat beg sekolah juga kan. Dia tengok kakak ambil dia pun ambil jugaklah jawabnya. Takpelah dik, boleh isi buku Didi and Friends nanti.


Dah puas pusing-pusing dalam mall kami bertolak balik ke Terengganu lebih kurang pukul 12 lebih camtu. 

Sampai di Kemaman kami berhenti pula makan sata dan otak-otak. Sedap tau sata dan otak-otak kat sini.




Haaaa....nilah hasilnya. Tinggal kulit je ni haaa...isinya dah selamat masuk dalam perut kami. Seddaaappppp!!!! 




Okay...perut pun dah kenyang...jom kita balikkkkk!!!!!


"Semoga setiap perhubungan yang terjalin tidak kira dekat atau jauh akan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita semua....inshaAllah."

Thanks a lot for Ganazzz and X70 Komuniti atas kemesraan dan layanan yang terbaik anda semua buat kami dari Terengganu. 
You all the best!!!!


Just for share....








No comments: