Tuesday 31 March 2020

Roti Puri Mudah Tanpa Yis




Hai semua.... Hari ni dah masuk hari pertama PKP2 baru sempat nak edit blog. Semoga Allah permudahkan urusan kita sepanjang tempoh PKP ni. Duk rumah sepanjang PKP ni kan....ada hikmahnya jugak. Dapat mantapkan skill memasak, kalau sayalah...heheee. Yelah...time bekerja dulu memang masa terhad sangat nak masuk dapur. Bila dah balik rumah lepas seharian bekerja dah tentulah penat. Kami sekeluarga banyak tapau je makanan luar ataupun pergi makan luar terus. Sekarang banyak masa yang saya dapat luangkan waktu saya di dapur...hehee.


So...hari ni saya nak share cara-cara nak buat roti puri. Ni semua sebab tengok ramai plak kawan-kawan kat fb duk post gambar roti puri ni. Pernah sekali makan yang kawan buatkan roti puri ni dimakan dengan kuah kari ayam. Sedapnya...balik rumah dah mula pasang niat nak cuba buat jugak.


Alhamdulillah, barulah kali ni berkesempatan mencuba resepi yang diteroka melalui google. So...resepinya di bawah ye. Mudah dan ringkas je cara nak buat pun senang.



Bahan-bahan :-

4 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak
1 sudu kecil garam
1 cawan air
* tepung saya sukat guna cawan adunan membuat kuih/kek
* air saya sukat guna cawan 'kalas' ikea

Cara-caranya :-

1. Masukkan tepung gandum, minyak dan garam dalam bekas adunan dan gaul sebati.
2. Masukkan pula air secawan tadi dan terus digaul sebati dan uli dengan hanya menggunakan tangan sahaja sehingga doh adunan tidak melekat ditangan.
3. Setelah adunan tidak melekat ditangan bolehlah bulat-bulatkan doh untuk senang dicanai nanti.
4. Canai doh dengan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal...sedang-sedang aja.
5. Sesudah dicanai bolehlah panaskan minyak ke dalam kuali dan digoreng sehingga doh tadi mengembang. Pusing balikkan untuk bagi masak serata.
6. Dah nampak kekuningan bolehlah diangkat dan ditoskan minyak.
Okay...siap!!!
Roti puri ni boleh dimakan dengan pelbagai kuah atau sos ye...tak semestinya kuah kari. Memandangkan kami dalam tempoh PKP dan bahan makanan kat rumah pun tak cukup, so....saya makan roti puri ni dengan kuah sardin. Memang betullah...sedap jugak cicah dengan kuah sardin. Anak-anak pun suka makan....Alhamdulillah.

Selamat mencuba guys!!!!

#covid-19
#pkp1day11
#stayathome
#semogadalamlindunganAllah

No comments: