Thursday, 21 April 2022

Perjalanan Singkat Tapi Padat Part 2 : Janda Baik Goat Farm Dan Makan Lemang To'ki Bentong



12.03.2022 - Sabtu

Bismillah....

Maaf semua.... banyak sangat urusan saya sampai kelewatan nak update story saya ni.
Sebenarnya saya baru je pindah rumah tu yang agak sibuk sikit sejak kebelakangan ni. 
Proses nak siapkan rumah dan pindah amat memenatkan...huhuuu

Jom kita sambung ke story kita....

 Ini adalah kesinambungan dari Part 1, kami bergerak ke destinasi masing-masing selepas check out dari Chalet Mama Papa Janda Baik.

Perjalanan kami seterusnya ialah ke Janda Baik Goat Farm.

Sebenarnya plan ni en abang dah rancang lama masa buat plan nak datang ke janda baik ni. Tapi jika berkebetulan bolehlah kami pergi ke Janda Baik Goat Farm ni dan alhamdulillah, apa yang kami plan ni diizinkan Allah...

Hajat en abang sebenarnya nak berjumpa sepupunya yang tolong uruskan Janda Baik Goat Farm ni iaitu En Hamzi. Alhamdulillah, sempat bertemu setelah sekian lama abang tak jumpa dengannya.

Kalau you all nak tau pemilik Janda Baik Goat Farm ni adalah pemilik pasangan pelakon Pn Liza Othman. Tapi bukan rezeki kami dapat jumpa beliau sebab beliau ada urusan shooting di Melaka bersama anaknya iaitu isteri kepada En Hamzi. Jadi kami dah call awal-awal kepada sepupu abang nak datang ke tempat dia ni. Dah alang-alang sampai ke Janda Baik ni kami singgah kat sini. Tak jauh mana pun dari Chalet Mama Papa ni. 

So.... Let's tour Janda Baik Goat Farm...


Ini banner nak masuk simpang jalan ke Janda Baik Goat Farm.


Kami disambut mesra oleh En Hamzi. Kalau nak beli susu kambing yang fresh bolehlah datang sini.


Sempat juga saya merakamkan suasana nyaman kat sini. Tenang sangat kat sini....cantikkan.


Nampak dari atas sini kandang kambing yang beratap hijau tu...


Inilah dia En Hamzi, sepupu kepada suami saya. Kami dihidangkan dengan susu kambing yang fresh dari ladang....terbaik! Memang kegemaran saya....


Sempat lagi posing untuk kenang-kenangan. Masa ni En Hamzi tunjukkan proses packaging susu kambing segar dari ladang.


Sambil-sambil duk sembang dengan En Hamzi, kami diberi keizinan pulak untuk meninjau kandang kambing kat sini. Pengalaman buat anak-anak saya yang tak pernah lihat dan merasai pengalaman membela binatang ternakan.


Kami turun nak pergi ke kandang kambing dari rumah En Hamzi tadi.


Abahnya dah siap angkat kaki seluar nak terjah masuk kandang kambing...hahahaaa. Anak-anak takut tak pernah dekat dengan kambing.


Tengok tu, adik peluk ketat kat abang ajak keluar dari kandang...cian adik takut, hahaaa...


Candid camera....

Dah penat bermain dengan kambing, bau baju pun dah macam kambing dah....yang si anak kambing siap nak ikut saya jalan, kami pun gerak naik semula ke rumah En Hamzi.


Abang dah penat melayan gelagat adik...heheee


Kami pun dah beransur nak balik, sempat lagi diorang ni tapau susu kambing fresh ni buat bekalan dalam perjalanan balik nanti. 


Terima kasih En Hamzi atas layanan yang sangat-sangat baik untuk kami sekeluarga. Semoga berjumpa lagi...


Yang nak dapatkan susu kambing segar ni bolehlah contact nombor digambar kat atas ni ye.


Kami dah gerak nak balik dah...sedih pulak rasanya sebab tak puas lagi rasanya nak jalan-jalan kat sini. Tapi abang sempat bawak kami sekeluarga ke Bentong dan singgah makan Lemang To'ki.


Dulu masa adik ipar duk kat sini dan adik pun ada juga belajar dan kerja kat sini selalu jugaklah datang kat Bentong. Sekarang diorang dah ada rezeki kat tempat lain...






Dah siap makan semua, kami pun dah kepenatan...so, kami gerak slow-slow balik ke rumah kami.


Inilah hasil tangkapan kami bawa balik dari Janda Baik Goat Farm. Ada 5 perisa semuanya iaitu perisa asli (tanpa perisa), capucino, strawbery, jagung dan coklat.

Kat sini anda boleh klik link facebook Janda Baik Goat Farm ni ye untuk contact atau dapatkan sebarang info mengenai susu kambing fresh ni.

Inilah saja celoteh saya kali ni. Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah kepada kita semua, aaminn...

Jumpa lagi guys...love you all, muuaahhh...

#jandabaik
#goatfarm
#jandabaikgoatfarm
#susukambing
#suskambingsegar
#freshmilk
#ladangkambing
#mytravel
#staysafe
#azimahmohd
#covid19










No comments: