Simpan sini untuk kenang-kenangan. Kali ni sempat kami bawakan emak dan ayah datang bercuti santai-santai ke Kuantan. Walaupaun hanya 2 hari 1 malam je (21-22 Jan 2023, Jumaat & Sabtu) tapi dapatlah lepaskan hajat emak yang nak berjalan-jalan makan angin.
Kami gerak dari Dungun lebih kurang pukul 9 - 10 pagi camtu. Kami siap-siap breakfast baru naik highway terus ke Kuantan. Emak dan ayah gerak dari Kuala Terengganu jadi kami akan tunggu di Masjid Sultan Ahmad, Kuantan untuk solat Jumaat dulu.
Seusai je solat Jumaat kami terus pergi ke Bazar Serambi Teruntum. Kami makan tengahari kat sini dulu di Lemang Tokki Serambi Teruntum sebelum check in di Hotel Seri Malaysia.
Jom jamu selera...
Menu kami di Lemang Tokki Serambi Teruntum. Best makan kat sini sebab banyak juga pilihan nak makan. Kalau rasa nak makan nasi putih pun ada lauk-pauknya, nak makan bihun sup mee sup ada jugak kat sini, tapi kalau datang kat sini tak pekena lemang tokki dengan ayam bakar memang tak sah lah kan...mesti menu wajibnya lah yang kami akan order.
Alhamdulillah, dah siap makan semua kami teruskan perjalanan kami ke Hotel Seri Malaysia.
Dah check in bilik apa lagi...terjun kolam lah...hehehee. Nasib baik abang ada boleh tolong layankan adik.
Sebelah petang kami singgah makan malam dekat kedai makan ikan bakar tapi lupa pulak nak ambil gambar kami kat sana. Jawabnya kena datang lagi lah kat sana...huhuuu.
Malamnya tiada aktiviti. Kami buat keputusan rehat dan tidur je.
Dah pagi....kami breakfast di hotel dulu sebelum check out. Kami check out awal sikit sebab ada destinasi lain yang kami nak pergi.
Bergambar kenangan dulu di Rasa-Rasa Seri Malaysia....
Ayah dan suratkhabar setia bersama...hehehee
Dah serahkan kunci bilik kami terus gerak ke East Coast Mall. Bawa emak, ayah dan adik shopping kat sana. Beli barang sikit-sikit untuk jadikan hadiah kenang-kenangan buat diorang. Alhamdulillah....
Dah lenguh kaki kami jalan-jalan pusing mall kami pun gerak ke gerai akok emak saudara usahakan bersama dengan anak menantunya. Dah lama emak saudara ajak datang ke kedainya tapi tak kesampaian lagi kami ke sana. Ni, alhamdulillah...akhirnya dapat juga kami singgah
Akok telur, akok nisang, kuih bakar dan beke nyor...semuanya sedap-sedap. Bagi yang kebetulan melalui jalan ni bolehlah singgah beli kat sini.
Lokasi jalan highway Jerangau - Jabor Lama (sebelah kiri menghala ke Kuantan)
Okay, destinasi seterusnya kami singgah pula di kedai sepupu saya. Sepupu saya, Zura Putra seorang baker di Kemaman. Kami singgah kat sini untuk solat dulu dan makan tengahari kat sini sambil berpeluang berjumpa dengan emak saudara dan sepupu kat sini. Ni pun pertama kali kami singgah kat kedai sepupu. Sebelum ni kalau balik ke Kemaman pun memang tak nyempat nak singgah.
Gambar ni sebenarnya diambil dari fb sepupu Zura Putra. Saya tak sempat nak bergambar sebab kalut kejar nak solat.
Sempat juga kami borong kek dan bako. Siap dapat free gift lagi, Alhamdulillah...semoga bisnes dua emak saudara dan sepupu kami ni dimurahkan rezeki yang penuh dengan keberkatan....aamiinn.
Selesailah sudah perjalanan kami dan kami teruskan perjalanan pulang ke Dungun. Alhamdulillah....inilah saja kisah perjalanan singkat dari saya.
Ni saya share fb sepupu-sepupu saya kalau ada yang berminat untuk order akok dan kek
Akok Bonda (Jalan Highway Jerangau -Jabor Lama)Kek Zura Putra (Kemaman)
No comments:
Post a Comment