Thursday 7 May 2020

Resepi Onde-Onde Gula Melaka @ Kuih Kekoh Chaaa!!!

Pernah dengar tak nama kuih kekoh chaa ni??? Nama ni hanya sekadar hiburan saja okay. Bukan nama betul pun, sekadar menjelaskan kuih ni apabila digigit akan keluar air manisan dari nisan kerek (orang Terengganu panggil) atau gula melaka yang diisi di dalam kuih ni keluar dan cair di dalam mulut. Kuih kekoh chaa ni hanya orang pantai timur je yang faham kerana loghat bahasanya. Siapalah tak kenal dengan kuih ni kan? Tapi ada ke yang tak kenal? Mustahillah kut tak kenal dengan kuih onde-onde atau gula melaka ni kan...
Hari ni just nak share resepi mudah membuat kuih kekoh chaa atau onde-onde ni. So simple, mudah dan ringkas. Jom follow step by step cara-cara nak membuatnya.
Bahan-bahan :-
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
5 helai daun pandan
1 cawan air
1 keping nisan kerek/gula melaka
5 cawan air
1/2 biji kelapa parut yang muda 
(diambil putihnya sahaja)
garam secukup rasa
Cara membuatnya :-
1. Potongkan daun pandan kecil-kecil dan kisar daun pandan tadi bersama 1 cawan air di dalam blender.




2. Tapis air daun pandan yang sudah dikisar halus. 


3. Hiris halus atau rincih nisan kerek atau gula melaka. Ketepikan.


4. Ambil periuk dan didihkan 5 cawan air dengan api sederhana.
5. Masukkan 2 cawan tepung pulut dan 1 sudu besar tepung gandum ke dalam bekas adunan.


6. Masukkan air daun pandan ke dalam bekas adunan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli. Bila dah adunan dapat dicanai dan tak keras atau lembik, dah tak perlu masukkan lebihan air pandan. 
*Sekiranya adunan lembik dan tak boleh dibulatkan tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibulat-bulatkan*




7. Ambil sedikit adunan dan bulatkan, kemudian leperkan sedikit untuk diletakkan nisan kerek yang telah dirincih. Kemudian tutup adunan dan dibulatkan cantik-cantik.


8. Bila air rebusan dalam periuk tadi dah menggelegak, boleh masukkan terus adunan tepung yang dah siap diisi dengan nisan kerek dan dibulatkan.


9. Sambil tunggu onde-onde masak, ambil bekas dan masukkan 1/2 kelapa parut muda yang putih dan gaul dengan sedikit garam.


10. Onde-onde yang dah masak akan timbul dari permukaan air dan bolehlah diangkat dan toskan dahulu.


11. Kemudian masukkan onde-onde yang dah ditoskan tadi ke dalam bekas kelapa parut. Golek-golekkan dalam bekas sehingga kelapa parut tadi serata di seluruh onde-onde. Ulang sehingga habis adunan.






Dah siap, bolehlah dihidangkan dan makan!!! Sesuai untuk minum pagi atau petang...


Selamat mencuba!!!

🥰🥰🥰

#covid19
#pkpbday51
#stayathome
#kitajagakita
#semogadalamlindunganAllah

1 comment:

michelle said...

Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
mampir di website ternama I O N Q Q.ME
paling diminati di Indonesia, ::))
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-Q
~domino99
~poker
~bandar66
~sakong
~aduQ
~capsa susun
~perang baccarat (new game)
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile :d
Whatshapp : +85515373217 :* (f)