Saturday, 26 December 2015

Churros atau Kuih Belimbing


Assalamualaikum...

Churros nama mat salleh...tapi kalau kita kat Malaysia ni nama tradisinya Kuih Belimbing :D

Bahan-bahan :-

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 penutup esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya :-

1. Didihkan air, gula, marjerin dan esen vanilla dengan api perlahan

2. Pecahkan telur dalam bekas lain dan dikacau sedikit dengan garfu

3. Bila bahan yang dimasak tadi sudah mendidih tutupkan api dan masukkan tepung gandum dan dikacau sebati menggunakan senduk kayu.

4. Masukkan telur dan sebatikan

5. Sediakan piping beg dan nozzle atau acuan bunga dahlia untuk dapatkan bentuk yang diingini

6. Masukkan adunan ke dalam piping beg atau acuan bunga dahlia dan susun dahulu supaya dapat bentuk dan ukuran yang dikehendaki

7. Panaskan minyak dan bolehlah mula menggoreng

8. Bila agak kekuningan, angkat dan toskan
9. Bolehlah ditabur gula halus atau dicelup dengan nutella sebelum disajikan

* Di sini saya hanya menggunakan acuan bunga dahlia *

Wednesday, 2 December 2015

Palace Of The Golden Horses + The Mines Shopping Mall


Assalamualaikum...

Palace Of The Golden Horses....dengar namanya saja bagi saya (orang biasa) dah gerun. Di minda saya dapat bayangkan satu mahligai yang indah. Memang betul pun...mahligai yang dicipta memang tempat yang cantik dan indah...bagai istana kayangan bagi saya anak jati Terengganu. Alhamdulillah, baru-baru ni saya berkesempatan singgah dan menikmati keindahan tempat yang dinamakan Palace Of The Golden Horses. Walaupun tidak menginap di sana, tetapi peluang yang ada sempat juga saya mengambil gambar kenang-kenangan beberapa kawasan di sekitar Palace Of The Golden Horses.












Saya juga sempat ke The Mines Shopping Mall dan menikmati Package South Lake Tour by Mines Cruise. Walaupun agak lewat untuk saya nikmati suasana sunset tapi saya teruskan juga hajat untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman ini. Sempat juga bagi ikan dan burung makan di tengah-tengah tasik biarpun gelap malam. Suasana yang agak romantik jugalah...hehee...
Harga untuk package ni dewasa RM 25.00 dan kanak-kanak RM20.00




Friday, 20 November 2015

Kek Puding Karamel Pelangi


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah sekian lama ingin cuba membuat kek puding karamel pelangi ni, akhirnya...tersedia juga kek ini untuk minum petang. Biasanya kebanyakan resepi yang saya lihat menggunakan sukatan gram tetapi saya lebih menyukai sukatan cawan kerana sememangnya mudah dan ringkas...dan kali ini saya akan kongsikan resepi kek puding karamel pelangi ni dalam sukatan cawan mengikut citarasa saya sendiri.
Bahan-bahan Untuk Gula Hangus

Gula hangus/karamel yang dah siap
2-3 sudu besar gula
Loyang 8 inci
Cara-caranya
  1. Taburkan 2-3 sudu besar gula ke dalam loyang (atau mengikut kesesuaian saiz loyang anda.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
  3. Biarkan gula cair dan matikan api setelah gula tadi bertukar warna keperangan.







Bahan-bahan Untuk Puding

1 tin susu cair
Bahan-bahan Puding
3 biji kuning telur (putih telur masukkan ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue)
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya

  1. Asingkan 3 biji kuning telur ke dalam bekas (putih telur masukkan terus ke dalam bekas pengadun untuk penyediaan meringue nanti).
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam bekas kuning telur tadi dan kacau perlahan-lahan.
  3. Masukkan susu, gula dan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Bila dah sebati, tapiskan adunan ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan dahulu.


Telur, susu, gula dan esen vanilla dikacau sebati

Adunan puding yang ditapis ke dalam loyang gula hangus/karamel



Bahan-bahan meringue
Bahan-bahan Untuk Kek

Adunan 1 (meringue)

6 biji putih telur (3 biji putih telur + 3 biji putih telur dari bahan puding)
1/4 cawan gula
1 sudu kecil cream of tartar

Cara-caranya

  1. Pukul putih telur sehingga berbuih dengan menggunakan mixer.
  2. Masukkan gula dan cream of tartar.
  3. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi.
  4. Tips untuk meringue - bila diterbalikkan bekas adunan tidak jatuh bermakna meringue dah jadi.
  5. Ketepikan dahulu dan gunakan mixer tadi untuk adunan 2 pula.
Putih telur, gula dan cream of tartar dipukul hingga gebu
Meringue yang dah siap
Bahan-bahan adunan 2


Adunan 2

3 biji kuning telur (baki dari bahan meringue)
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-caranya

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  2. Kuning telur, minyak masak dan air dipukul hingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
  4. Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan menggunakan spatula secara kaup balik.
  5. Masukkan separuh adunan meringue ke dalam adunan 2. Kacau sebati dan masukkan separuh lagi adunan meringue dan sebatikan.
  6. Panaskan oven bersama tray oven yang diletakkan air (bain marie/double boiler) dengan suhu 170 degree
  7. Bahagikan adunan kek kepada 3 bekas/bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran anda.
  8. Sudukan ke dalam loyang puding dengan berselang-seli. Saya gunakan sukatan sudu sebanyak 4 sudu pertama untuk setiap warna, 3 sudu kedua untuk setiap warna, 2 sudu ketiga untuk setiap warna dan 1 sudu keempat untuk setiap warna.
  9. Bakar secara double boiling atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek masak.
  10. Sejukkan kek. Bila dah sejuk terbalikkan kek ke atas bekas pelapik kek atau pinggan.
  11. Mungkin akan berlaku lelehan air gula hangus di tepi kek dan lapkan perlahan-lahan bagi mengelakkan air gula meresap ke dalam kek kerana akan menyebabkan kek menjadi lembab.
  12. Potong kek ketika kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Enak dimakan kek ini selepas disejukkan dahulu di dalam peti sejuk.
Kuning telur, minyak masak dan air dipukul hingga gebu
Setelah gebu masukkan gula
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Setelah disebatikan dengan tepung
Masukkan meringue dan sebatikan
Adunan kek yang dah siap
Warnakan mengikut pilihan anda
Sudukan adunan kek ke atas loyang karamel mengikut sukatan sudu anda
Hasilnya selepas mengikut sukatan sudu 4,3,2 dan 1
Panaskan suhu 170 degree dan bakar selama 50 minit
dengan kaedah bain marie/double boiler
Setelah kek disejukkan

Dan inilah hasilnya...... Kek Puding Karamel Pelangi!!!!




Monday, 16 November 2015

Alhamdulillah....


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menggunakan kemudahan aplikasi blog ni, Walaupun masih lagi baru, sedang cuba menyesuaikan diri dan masih lagi belajar dalam selok belok dengan kemudahan blog ni. Moga dapat memberikan saya ruang dan ilham atau sebarang perkongsian dari saya yang mana boleh saya kongsikan bersama. Sekadar ingin berkongsi dan moga mendapat manfaat dan kebaikan. InsyaAllah....
 
************************************************
 
24/09/2019 : New update dari saya. 
 
Sedikit info mengenai diri saya. Saya anak jati Negeri Terengganu. Dibesarkan oleh kedua ibu bapa saya yang sangat penyayang. Saya seorang isteri kepada suami saya yang tercinta. Mempunyai tiga cahaya mata yang sangat cantik dan kacak. Hanya berpelajaran biasa-biasa sahaja. Rezeki dari Allah dapat berkhidmat di sektor kerajaan. Tiada yang istimewa sangat mengenai saya ni. Hanya seorang hamba Allah yang biasa-biasa saja. Sekian....