Jujur saya katakan masa musim pkp ni lah rindu ngan masakan mak. Nak rasa masakan dari air tangan mak...rindu pulak. Biasanya dalam sebulan dua atau tiga kali kami akan balik jugak pada hujung minggu berjumpa dengan parents. Tapi, kali ni betul-betul semua orang diuji. Apa yang penting sekarang ni kita kena terima ujian ni dengan sabar dan tenang. Ikut sahaja saranan KKM untuk memastikan kita berjaya memutuskan rantaian wabak covid19 ni.
Semoga Allah lindungi kita semua...aaminnn.
Nasi minyak gulai ayam ni kalau mak yang masakkan memang bertambah-tambah makan. Kalau dapat makan ramai-ramai seluruh family lagilah seronok. Kali ini saya cuba resepi yang dikongsikan oleh emak saya walaupun tak sama dengan air tangan yang emak masak, tapi terubat jugalah hati ni nak makan nasi minyak.
First...kita masak nasi dulu ye.
Bahan-bahan :-
4 cawan beras - saya guna beras biasa
1 biji bawang besar - dihiris
Rempah 4 beradik - cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
1/2 inci halia - dihiris
Daun pandan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar marjerin
Sedikit minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis
5-6 sudu besar susu cair
1 sudu besar sunquick
Caranya :-
1. Panaskan minyak sapi, marjerin dan sedikit minyak dalam kuali.
2. Masukkan rempah 4 beradik.
3. Masukkan bawang serta daun pandan dan tumiskan sebentar.
4. Nampak bawang dah layu bolehlah masukkan susu pekat manis, susu cair, sunquick dan halia. Tambah sedikit air.
5. Bila dah mula menggelegak bolehlah masukkan beras. Gaul sebati. Jika nampak air kurang boleh tambah sedikit air secukupnya untuk kita masakkan nasi. Sukatan air cukup untuk tanak nasi macam biasa.
6. Dah gaul sebati bolehlah masukkan ke dalam periuk nasi dan tanak sehingga masak.
7. Dah nampak nasi hampir masak bolehlah letakkan pewarna makanan untuk mencantikkan nasi kita. Letak dalam beberapa titis sahaja. Kat sini saya guna 2 warna sahaja iaitu hijau dan kuning.
Tumis dahulu bahan-bahan mengikut langkah 1, 2, 3 dan 4
Dah menggelegak boleh masukkan beras dan gaul sebati
Pindahkan ke dalam periuk nasi dan tanak sehingga masak.
Hampir nak masak bolehlah letakkan beberapa titisan pewarna untuk mencantikkan nasi minyak.
Hasil kejadian nasi minyak saya. Dah masak...
Hidangan ni untuk 4 - 6 orang makan.
So...next kita buat gulai ayam pula.
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
Rempah 4 beradik - cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji kentang - dipotong 4 atau 6
1 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar rempah kari ikan
2-3 sudu besar santan
Sekeping asam keping
Gula dan garam
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya :-
1. Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar dahulu.
2. Masukkan minyak dan panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan rempah 4 beradik.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga nampak bawang garing.
4. Kemudian, masukkan sebungkus rempah kari daging dan 1 sudu besar rempah kari ikan dan tumiskan lagi sehingga pecah minyak. Kalau nampak kering bolehlah tambahkan sedikit air.
5. Dah nampak pecah minyak bolehlah masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul sebati.
6. Kemudian masukkan 2-3 sudu besar santan dan tambahkan air secukupnya.
7. Masukkan asam keping dan sedikit garam dan gula.
Tumiskan rempah 4 beradik
Masukkan bahan kisar dan tumiskan sehingga bawang benar-benar masak atau garing
Masukkan rempah kari daging dan ikan
Tumis sehingga pecah minyak
Dah pecah minyak boleh masukkan ayam, ubi kentang, santan, asam keping dan perasa.
Gulai ayam dah siap!!!!
Sekarang bahan untuk acar timun pula...
Bahan-bahan :-
1 batang timun
1 inci lobak merah
1 inci halia
1/2 lada
1 biji bawang merah
1 sudu besar cuka masakan
garam dan gula
1 sudu besar sunquick
Cara-caranya :-
1. Timun dipotong nipis dan memanjang seperti dalam gambar di bawah.
2. Lobak dan halia merah dihiris halus.
3. Bawang merah dan lada dimayang halus.
4. Satukan timun, lobak merah, bawang merah, lada dan halia ke dalam satu bekas dan masukkan cuka masakan, sunquick, garam dan gula. Rasakan mengikut selera masing-masing.
Tadaaa...dah siap pun acar timun kita...
Dah complete 3 bahan ni bolehlah kita menjamu selera...walaupun tak sama dengan masakan yang emak buat tapi terubat rindu dihati nak makan nasi minyak ala-ala yang emak buat.
Kalau ditambah dengan sambal belacan ni lagi menjadi-jadi nasi minyak ni. Memandangkan rumah kami kekurangan cili padi, jadi...kami terpaksa skip sambal belacan untuk hidangan nasi minyak kami ni.
Jom...jommm kita makannn!!!!
#covid19
#pkp2day28
#stayathome
#kitajagakita
#semogadalamlindunganAllah