Sunday 12 April 2020

Ketupat Sotong Atau Tupak Sutong Terengganu

Salam guys...sape kat sini gemar dan suka makan tupak sutong? Kita geng...tapi kan, harga sotong ni agak mahal jugak lah kalau nak dibandingkan dengan harga sotong biasa sebab nak buat tupak sutong ni mestilah nakkan sotong yang agak besar juga untuk dimasak. Harga masa saya beli ni RM30 untuk 1kg, adalah dalam 15 ekor camtu. Tapi dek kerana nak makan sangat tupak sutong ni untuk lepaskan ngidam anak tekak kami anak beranak maka dibelilah jugak sotong ni...huhuuu.
Jom kita tinjau resepi tupak sutong versi orang ganung kite....
Ini saya rendamkan dulu beras pulut lebih kurang dalam 5 minit camtu untuk bagi pulut ni kembang sedikit dan cepat masak bila dimasak nanti. Beras pulut ni agak-agak lah ye.


Ini sotong yang saya dah bersihkan. Ada juga yang taknak masak bersama kepala sotong tapi bagi saya, saya suka masakkan sekali. Terpulang kepada selera masing-masing.


Toskan beras pulut yang kita rendam tadi.


Sebelum tu, sediakan lidi untuk kita sematkan dibahagian atas sotong kita nanti. Saya guna lidi dari daun pokok nyior (kelapa) yang ada kat tepi rumah je. Kalau ada pencungkil gigi boleh juga.


Yang ni bahan-bahan untuk kita masukkan sekali dalam kuah nanti. Bawang merah dan halia dihiris, sedikit halba, serai diketuk dan daun pandan yang disimpul.


Tak lupa juga bahan utama kita iaitu santan pekat.


Okay, sekarang dah boleh masukkan beras pulut dalam perut sotong. Just letak separuh sahaja dari saiz perut sotong tu ye sebab nanti pulut masak dia akan jadi padat. Sebelum kita sematkan lidi sumbatkan dulu kepala sotong ye.


Dah siap semua masukkan dalam periuk dan letakkan sedikit sahaja air untuk kita rebuskan dulu sotong ni bagi pulut masak. Air jangan terlalu banyak ye sebab nanti akan turun air sotong jugak. Masak dengan api sederhana dan ditutup dengan tudung periuk.


Dah masak lebih kurung 10 - 15 minit camtu bolehlah cuba periksa pulut dalam perut sotong ni dah masak ke belum. Ambil satu sotong dan belah dibahagian perut sikit...just nak tengok pulut tadi camne. Kalau dah lembut tanda pulut dah masak.


Dah boleh masukkan santan. Tambah sedikit air.


Dah letakkan santan dan sedikit air, bolehlah masukkan serai, bawang, halia, halba, garam dan gula secukup rasa. 


Jangan lupa daun pandan untuk naikkan aroma tupak sutong kita ni.


Dah masukkan semua bahan, kacau sebati sehingga masak.


Dah siap tupak sutong kita!!!! Cukuplah dapat sekali makan. Merasa sikit sorang lepaskan ngidam anok tekok kami sekeluarga.

Selamat menjamu mata guys!!!

#covid-19
#pkp2day21
#stayathome
#kitajagakita
#semogadalamlindunganAllah

3 comments:

Suria Amanda said...

Sedapnyaaa..lama tak makan ketupat sotong...

Azimah Mohd said...

Sama lah kita sis Suria...dah lama sangat taka makan ketupat sotong. Alhamdulillah, ada rezeki kali ni dapat buat dan makan

michelle said...

Numpang promo ya Admin^^
ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- GOPAY
- Link AJA
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
add Whatshapp : +85515373217 x-)