Friday, 29 May 2020

Ini Caraku Masak Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol @ Ikan Aye





Tersohor di Terengganu dengan panggilan nasi lemok ikang aye.

Siapa tak suka dengan nasi lemak kan? Semua orang suka dan gemarkannya. Tak kira bangsa, tua atau muda...memang nasi lemak sentiasa ada di mana-mana kedai atau restoran pagi sebagai menu wajib di kedai mereka. 

Kalau diluar dari Terengganu, nasi lemak dihidangkan dengan sambal kerang, ayam goreng dan sebagainya. 

Tetapi tidak di tempat kami sebelah pantai timur ni. Nasi lemak kami memang bersambalkan ikan aye ataupun dikenali dengan nama ikan tongkol. Sudah menjadi kelaziman bagi kami bila makan nasi lemak mesti dimakan bersama ikan aye @ ikan tongkol.

Saya juga sukakan nasi lemak dimakan bersama sambal kerang. Tapi, sebaliknya dengan keluarga saya...diorang lebih sukakan nasi lemak dimakan bersama dengan ikan aye. Jadi terpaksalah saya menurut kehendak majoriti.
Ini cara saya sediakan nasi lemak ikan aye @ ikan tongkol. Resepi ni saya banyak tengok mak mertua yang buatkan.


Cara-cara penyediaan nasi lemak


Bahan-bahan :-

4 cawan beras (saya guna beras biasa)
1 helai daun pandan
1/2 inci halia (dihiris)
200 ml samtan pekat
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

*hidangan ini untuk 4 - 6 orang makan*




Beras dibasuh bersih, ditoskan dan direndam dahulu seketika sementara kita siapkan bahan-bahan lain. 

Air tu hanya sekadar cukup untuk paras beras sahaja sebab nanti nak masukkan santan pula. 

Ini saya rendam dalam periuk nasi terus ye...nanti senang takyah nak pindah-pindah pulak. 




Okay....ni hasil beras yang dah kita rendam dari tadi. Nampak putih dan kembang cantik je kan...




Ini bahan yang kita akan masukkan dalam 
beras nanti

1 helai daun pandan diikat kemas, halia dihiris dan basuh bersih dan santan 200ml.




Masukkan santan dan garam secukup rasa ke dalam periuk yang berisi beras tadi.
Tambahkan air jika perlu. 

Tidak perlu air yang banyak ye sebab kita dah rendamkan beras tadi untuk dapatkan kelembutan pada beras.

Kurangkan sedikit sahaja dari sukatan air yang biasa kita sukat beras.




Masukkan daun pandan dan halia kemudian bolehlah tanak nasi sehingga masak.




Bila nasi lemak dah masak, taburkan sedikit gula di atas nasi lemak kita ni. Dah masukkan gula tutup kembali periuk nasi dan biarkan sehingga sedia untuk dihidang.

Petua ni saya dapat dari emak saya untuk menyedapkan rasa nasi lemak.




Dah sedia untuk dihidang, gaul rata barulah
di angkat letak dalam bekas untuk dihidang.


Ikan tongkol @ ikan aye dikukus

Bahan-bahan :-

4 ketul ikan tongkol @ ikan aye
1 keping asam keping
1 sudu kecil garam
sedikit air




Now...basuh bersih-bersih ikan aye kita ni dan masukkan dalam periuk untuk kita kukuskan sehingga masak.




Dalam periuk kecil ni, masukkan sedikit sahaja air lebih kurang dalam 1 oz camtu. 

Masukkan juga 1 sudu kecil garam dan 1 keping 
asam keping.

Kemudian bolehlah dipanaskan atas dapur dengan api perlahan.




Ini hasil ikan aye yang dah masak dikukus tadi.

Bolehlah ditutup api dan biarkan sejuk baru 
di angkat letak ke dalam bekas.




Ikan tongkol siap dihidang.

Ada sesetengah orang suka masukkan sekali ikan dalam sambal tumis. Bagi saya pula, saya lebih sukakan letak berasingan sebab mudah untuk dipotong dan diambil. 

Lagi satu kalau tak habis ikan ni kebiasaannya kami akan simpan untuk digoreng kering dan dimakan dengan nasi putih dan sambal belacan.


Sambal nasi lemak

Bahan-bahan :-

1 biji bawang besar
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 helai daun pandan
1 keping asam keping
2-3 ketul gula melaka
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air




Bawang besar, bawang merah dan bawang putih dibasuh bersih dan dkisar.




Daun pandan dikoyak-koyakkan. Sediakan juga asam keping dan gula melaka @ nisang




Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi. Kemudian, masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar. Kacau sebati dan biarkan hingga pecah minyak.






Dah nampak pecah minyak bolehlah masukkan daun pandan, gula melaka dan asam keping dan dikacau sebentar.

Daun pandan saya masukkan untuk menambahkan aroma dalam sambal ni. 
Ini petua dari suami saya. Tak sangka suami sendiri banyak simpan petua mssakan....heheheee.

Biarkan hingga bawang nampak 
garing dan masak.

Sekiranya sambal tumis nampak kering tambah sedikit air. Lebih kurang 1/2 - 1 cawan.




Dah nampak pecah minyak bolehlah tambahkan garam dan gula secukup rasa.




Dah pun siap hasil sambal tumis kita....


Bahan-bahan sampingan nasi lemak

Bahan-bahan :-

1 cawan kacang tanah
1/2 cawan ikan bilis
3 biji telur
1 batang timun




Kacang tanah dan ikan bilis digoreng dengan sedikit minyak. 

Digoreng secara berasingan ye... goreng sehingga kacang masak dan ikan bilis garing. 

Api jangan terlalu kuat, just sedang-sedang aje




Rebus 3 biji telur sehingga masak penuh ye. Terpulang kepada anda kalau nak goreng telur mata pun boleh juga. 




Timun batang dihiris dan telur yang dah masak dipotong ikut citarasa masing- masing.




Alhamdulillah, dah siap pun juadah kami yang serba ringkas ni. Hok mudoh kire, orang Terengganu panggil (maksudnya yang senang dibuat)




Inilah cara saya masak nasi lemak ikan aye 
@ ikan tongkol.

Selamat mencuba!!!

Kalau ada petua lain bolehlah share kat kami ye. Boleh kami cuba nanti...terima kasih.

#staysafestayhome
#kitajagakita
#kitamestimenang
#pkpbfasa5


1 comment:

michelle said...

ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000 :d
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-*