Tuesday 14 July 2020

Agar-Agar Santan Pandan




Hai teman-teman. Bertemu lagi kita kali ni....alhamdulillah.
Nahhh...sekarang saya ingin kongsikan resepi agar-agar santan pandan. Enak dimakan sejuk-sejuk dan sesuai untuk santapan minum petang. Ini resepinya ye.

Bahan-bahan :-

5-7 helai daun pandan
1 cawan air
1 bungkus agar-agar tali (25g)
5 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 1/2 cawan santan
1 biji telur
Sedikit garam dan pewarna hijau





Cara-caranya :-

1. Ambil 5-7 helai daun pandan dipotong pendek-pendek. 

2. Masukkan 1 cawan air dan daun pandan yang dipotong tadi ke dalam bekas blender dan dikisar halus.




3. Tapiskan dan ambil air daun pandan sehingga mencukupi 1 cawan. Sekiranya hasil tapisan dari blender tadi tidak cukup bolehlah ditambah dengan sedikit air sehingga mencukupi sukatan.


3. Sediakan periuk dan masukkan 5 1/2 cawan air serta agar-agar. Panaskan dan masak.




4. Kemudian, masukkan 1 cawan air daun pandan dan masak hingga agar-agar hancur.




5. Masukkan pewarna jika hijau dari daun pandan kurang menyerlah untuk mencantikkan agar-agar kita nanti. Kiranya warna dari daun pandan dah cantik, tak perlu tambah pewarna.


6. Tambah 1 cawan gula dan masak hingga gula hancur.




7. Sambil menunggu gula dan agar-agar sebati, masukkan 1 1/2 cawan santan, 1 biji telur dan sedikit garam (secukup rasa) ke dalam mangkuk dan dikacau sebati.


8. Kemudian bolehlah dimasukkan adunan santan tadi ke dalam adunan agar-agar dan kacau sebati.




9. Bila santan dah pecah minyak bolehlah ditutup api dan tuang ke dalam bekas dan sejukkan.




10. Bila dah sejuk dan keras barulah boleh dipotong dan dihidangkan.






Selamat menjamu selera....

#kitajagakita
#kitamestimenang
#pkpbfasa5

No comments: