Saturday, 22 August 2020

SD Family Day Trip Dungun to Jeli



Cerita ni dah seminggu berlalu. For the first time SD Family Day berjaya dilaksanakan jua buat julung kalinya. Program ni kami buat di Jeli, Kelantan.

Kami berkumpul di pagi hari dalam pukul 7.00 pagi di stesyen minyak Petronas hadapan Sekolah Menengah Sains Dungun. Dan kami mula bergerak lebih kurang pukul 7.30 lebih camtu.

Perjalanan kami di pagi Jumaat 14 Ogos 2020 disusuli dengan hujan renyai-renyai. Jadi perjalanan kami agak slow and steady. 


Minum pagi kami berhenti di Warung Jelira Rasa Gulai Ayam Kampung & Itik Serati, Kg. Guntong Luar, Setiu. Pukul 11 lebih jugaklah kami sampai kat sini. Dah masuk waktu makan tengah hari. Nasib baiklah saya ada bekalkan roti awal-awal. Bolehlah makan dulu awal-awal. 

Apa yang bestnya kat sini ialah menu gulai ayam kampung. Ni pun kami pakat sergah je kat kedai ni. Tapi, nasib baiklah ada kawan kami ni call owner kedai ni minta simpankan gulai ayam kampung ni untuk kami. 

Kami bergerak lebih kurang 8 keluarga, so...boleh tahan jugaklah tuan kedai nak melayan kami. SOP tetap kami utamakan ye.

Bagi yang tak makan ayam kampung boleh je order ayam bandar. Macam saya, memang tak suka makan ayam kampung. Tak tahu kenapa tapi memang tak suka dengan rasanya. Ada ke yang macam saya ni? Heheheee...

Dah siap makan kami bergerak ke Lalang's Resort & Spa di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.


Kami sampai lebih kurang 2 petang kat sini. Tengok jalan nak masuk ke resort cam gerun. Tapi tengok orang lain dah naik kami pun gerak sama. Kalau air pasang ni memang jalan ni takleh lalu tau. 


Reception House


Laila Majnun Restaurant


Adik dah tak sabar nak turun dari kereta.


Nak rasa suasana alam semulajadi bolehlah datang kat sini. Tempat sejuk, redup dengan pohon-pohon memghijau. Tenang je rasa. Mendamaikan jiwa gitu.


Alhamdulillah, rezeki kami datang bergolek. Durian luruh betul-betul di muka pintu bilik kami. Kebetulan betul lah kan. Dapatlah merasa durian fresh dari kebun Lalang's Resort & Spa ni. 




Now....abah sedang usahakan untuk buka kulit durian dengan sudu...engko rasa???? hahahaaa


Lastly abang Solihin pergi ambil pisau kat kereta yang kami bawa dari rumah untuk guna petang nanti untuk program makan durian.


Nampak muka puas hati dapat makan durian? Isi memang meletop sedap hingga menjilat jari....nyum nyum.

Jom kita tour room kat bilik kami. Kami check in di pondok lalang namanya. Harga semalam RM250.00 dan memang sangat berbaloi kerana biliknya cantik dan selesa buat kami sekeluarga.








Actually atap ni dianyam ye...tapi tak tau diorang guna daun apa. Ada yang kata dari daun lalang dan ada juga yang kata dari nipah. Tak sempat nak tanya pihak resort yang mana satu betul. Ada sesiapa tahu boleh komen kat bawah ye.


Cantik suasana persekitaran kat sini. Merasai suasana pedalaman dengan bunyi unggas...tetiba rindu suasana kampung zaman kecil-kecil dulu.




Memasing possing ala-ala model gitu....nak-nak yang kecik tu, aduyaiii...pandai bebenor kalu mengadap kamera.

Sekarang jom kita tinjau kawasan perkhemahan dan tempat mandi sungai kat sini. Berada di bawah dari bilik kami dan dibelakang restoran Laila Majnun. 






Dah jumpa tempat yang sesuai jadi team lelaki angkut durian dan buah rambutan ke bawah tempat tapak perkhemahan.




Ini yang kami tunggu-tunggu. Sebenarnya semua buah durian ni kami beli dari ayah kawan SD. Beli dengan harga borong gitu.


Syoknya makan durian dan pulut durian.




Adik pun suka makan durian. Dah habis seulas adik makan rambutan pulak. Adik memang suka makan. Mama dah tak larat nak dukung adik. Nasib baik ada abang, boleh tolong dukung adik...heheheee. Thank you abang....


Tengok tu....berselera abang makan durian dengan pulut durian.


Abah and the geng...sambil makan sambil candid gambo.

Aktiviti malam hari kami bbq di rumah ayah kawan SD yang kami beli durian ni. Set bbq ni ditempah oleh pihak urusetia program family day ni. Menunya kambing bakar, ayam bakar, sosej, coleslaw, mushrom soup dan nasi goreng.


Okay....abahnya nak tunjuk bakat potong kambing bakar jap.


Sedap makan sampai tak sedar orang kat depan.


Meriah jugalah program kali ni haaa...dahlah pertama kali buat.

Pagi 15 Ogos 2020 hari sabtu kami breakfast di Laila Majnun Restaurant. Menginap kat sini dapat free 2 kupon untuk breakfast and just tambah bayaran untuk anak-anak je.




Sediakan roti bakar untuk kak mia dan adik.




Ini menu pagi ni. Nasi kerabu dan orange juice.


Abah dah bagi feedback kat owner restaurant. Nasi kerabu dah sedap tapi kalau ditambah dengan ayam bakar lagi sedap. Macam juri lah pulak. Owner dah cakap next time akan dibuat penambahbaikan atas cadangan yang diberi.


Adik just makan roti bakar dan donut je pagi ni.


Abang pun sebelum makan sempat lagi layan whatsapp ye....maybe buat story whatsapp le tu...hehehee


Ni kak mia yang ambilkan gambar. Pandai jugak kak mia ni...hehehee.


Ni ruangan makan kat bahagian luar restoran ni. So romantic gitu. 


Sesaje feeling cam model biarpun tak pandai bergaya. Hahahaa...best sesangat tempat ni.


Time kak mia dan adik pula berswafoto. So cute....


Tak tahu lah adik ni copy paste siapa yang pandai sangat bergaya depan kamera.




Mama pun tumpang sekaki berswafoto jugak.


Kat sini saya share sikit kawasan persekitaran Lalang's Resort & Spa ni.




Bye-bye Lalang House...kami pulang dulu.



Rumah ni lah yang kami menginap, Lalang house. Rumah ni hanya ada 3 buah je...so, siapa cepat check in dia dapatlah jawabnya.




Dah siap bergambar semua kami check out lebih kurang pukul 10 lebih camtu.

Untuk kenangan kami snap pic hero kami dulu di pintu gerbang Lalang's Resort & Spa.


Dalam perjalanan pulang kami singgah di Bukit Bunga sekejap untuk cucikan poket kami. Heheheee...sebenarnya takde apa sangat yang kami nak beli cuma sempat jugalah grab 2 hingga 3 helai baju untuk anak-anak.


Panas ceng ceng....tak sanggup nak window shopping lama-lama.


Dah sampai di Kuala Terengganu, kami isi perut dulu di warung Firdausy. Lokasi dia di tepi pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud.












Selesai je makan kami bertolak balik ke rumah emak di Gong Badak. Rehatkan badan dulu dan malam baru kami gerak balik ke Dungun.

Inilah saje kisah perjalanan kami sepanjang 2 hari ni. Berjalan tu berjalan juga ye, tapi kena juga ikut SOP dan kita jaga kita. Syukran jazilan...

#kitajagakita
#sdfamilyday
#tripdunguntojeli





No comments: