Friday, 6 September 2024

Part 1 : Rombongan Ke Pattani - Hatyai - Songkhla, Thailand



Simpan sini untuk kenang-kenangan.

Dah lama sebenarnya trip ni. Duk belek-belek gambar dalam phone nak simpan dalam external hardisk, tapi sayang pula tak share pengalaman ni kat blog sendiri. Bukannya selalu dapat pergi jalan-jalan keluar dari Malaysia ni. 

Hujung bulan Februari 2023 saya berkesempatan mengikuti rombongan pejabat ke Thailand. First time kut pergi melancong ke luar negara. Dan menjadi satu pengalaman barulah untuk saya sedikit sebanyak dalam persediaan dan persiapan yang perlu dilakukan untuk ke luar negara ni.

Persiapan pertama yang wajib kena sediakan ialah pasport. Saya baru pertama kali buat pasport kos untuk pasport baru ni adalah RM200. Nak buat pasport ni kalau perempuan tu lebih baik pakai tudung gelap siap-siap dari rumah ye, sebab saya dah terkena. Tak ingat sebenarnya pakai tudung warna cerah hari tu.


Dan seterusnya penukaran matawang baht. Sebenarnya boleh je nak tukar kat sana (Golok) dan memang disarankan oleh kru travel agency pun sebab kat sana lagi murah berbanding kat dalam Malaysia. Tapi disebabkan masing-masing duk berfikir mungkin akan berlaku kesesakan kat sana, jadi saya dan yang lain-lain buat keputusan tukar je kat sini. 

Ni saya tukar 5000 baht bersamaan dengan RM683.50. 1000 baht nilai RM136.70. Tapi bila sampai kat Golok saya tukar lagi 1000 baht dengan nilai RM130.00 sahaja kat sana. So, total yang saya bawa untuk belanja 6000 baht. 

Ni saya share kiraan mudah untuk nilai baht dan ringgit malaysia

1000 baht : RM130
500 baht : RM65
100 baht : RM13
50 baht : RM6.50
20 baht : RM2.60
10 baht : RM1.30

Nilai tukaran mata wang asing ni juga tak tetap dan bergantung kepada nilai semasa juga ye.


Kami gerak lebih kurang pukul 12.30 - 1.00 pagi camtu sebab nak kejar sampai di Masjid Beijing untuk mandi dan solat subuh kat situ. Kami sampai awal dalam pukul 5.15 pagi camtu.

Dah siap solat kami terus gerak ke Imigresen Malaysia - Thailand dan kami sampai sana lebih kurang pukul 7.00 pagi camtu.



Selesai urusan cop pasport, kami dibawa ke Restoran Halal Golok (Food Station) kat sini untuk sarapan pagi. Kos makan minum kat sini dah termasuk sekali dengan pakej. Alhamdulillah...semua makanan kat sini sedap.


Dah selesai sarapan kami terus pergi ke destinasi pertama kami iaitu ke Masjid lama 400 tahun di Masjid Talok Manok iaitu Masjid Wadi Al Hussain











Berehat sebentar kami di bawah pokok ni...panas yang amat cuaca kat sini.

Seusai kami mengenali masjid lama ini kami pergi ke Pattani Halal Local Restaurant untuk makan tengahari. Kos makan minum kat sini juga termasuk dalam pakej.





Makanan kat sini pun semuanya sedap-sedap. Memang puas hati makan kat sini. Alhamdulillah...






Inilah nama kedai yang kami makan tengahari. Arinee Restaurant.

Dah siap makan semua kami ke PTT untuk solat dan rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Kat sini juga kami shopping kat seven e dan boleh juga menikmati coffea kat sini. Kat sini PTT diorang memang akan ada seven e dan cafe. Banyak pulak tu barang-barang kat seven e kat sini.


Menunggu sahabat yang shopping kat sini.

Seusai je kami solat dan rehat kami dibawa bersiar-siar ke bandar Hatyai . Kemudian kami ke Nora Plaza, tempat jualan barangan kulit, cenderahati dan lain-lain barangan lagi. 


Kat sini saya just window shopping je. Tak tau lagi nak beli apa sebenarnya.

Dah siap window shopping kami ke RANU KONYO SONGKHLA tempat jual biji gajus, jeruk, pes tomyam dan lain-lain makanan tempatan.


Kat sini tak sempat nak ambil gambar...huhuu..tapi sempat jugak lah memborong 1 kotak biji gajus dengan jeruk.


Next destination kami ke Kayson. Tempat wajib singgah kalau dah datang Hatyai. Kat sini pun banyak barangan cenderahati, bag dan lain-lain








Bergambar kenangan bersama sahabat seperjuangan di Kayson.

Kat sini pun saya window shopping je dulu. Saja tengok-tengok suasana kat sini. Fokus utama datang sini sebab nak makan-makan.

Dah siap window shopping baru lah kami gerak ke hotel (taraf 3 bintang). So far semuanya okay.








Inilah bilik kami menginap...dah masuk bilik barulah kami dapat mandi dan rehat sebentar. Kami tak rehat sangat pun kat bilik sebab nak keluar ke Asean Market pulak...jalan lagi..hahaaa. Kaki ni memang tak tau penat kalau bab jalan-jalan makan angin.

Tapi sebelum tu just nak share sikit kut maybe ada yang tak tahu. Nak datang sini kena standby siap-siap iron dan global travel adapter. Sebab boleh dikatakan semua hotel-hotel kat sini tak sediakan iron dan plug kat sini pun tak sama dengan kita punya plug kat Malaysia.



Inilah Asean Market guys...kalau aras bawah ni semua lot-lot kedai ni jual macam-macam. Handbag, bag, baju, cenderahati dan macam-macam lagilah. Di aras atas pulak tempat lot-lot kedai makanan dan boleh makan kat situ. Macam-macam pilihan makanan dan minuman yang ada kat sini cuma kena pandai-pandai pilih lah ye. Ye lah kan sebab kat sini kedai bercampur jugak dengan non muslim so, kena tengok jugaklah ada label halal ataupun tak kat signboard kedai diorang. Kat sini kami makan malam ringkas-ringkas je sebab siang tadi dah makan banyak sangat.






Suasana di malam hari di Asean Market. Boleh tahan ramai jugaklah pengunjung kat sini. 


Inilah kenderaan yang kami naik dari hotel ke Asean Market. Namanya tut tut. Satu trip tut tut ni dia ambil 12 baht seorang. Dah penat pusing Asean Market dan perut pun dah kenyang kami balik ke hotel.


Tadaaaaa.....hasil tangkapan di Asean Market. Handbag ni beli untuk emak sebenarnya. Awal-awal lagi dah pesan nak minta belikan handbag...Alhamdulillah, rezeki ada untuk emak seperti yang diinginkan. Ni saya beli dengan harga 1000 baht, bukan 2 ni je tapi 3 sebenarnya handbag yang saya dapat dengan harga ni. Lagi satu saya beli style sling bag dan saya pakai terus...hahaaa.

Okay guys....dah penat rasanya duk mengarang kisah sehari semalam saya ke Hatyai. Tapi ada sambungannya lagi ye.

Jom kita ke Part 2

Irich Travel & Tours Kuala Terengganu

#thailand 
#pattani 
#songkhla 
#hatyai
#holidaytrip
#cuti
#azimahmohd

No comments: