Friday, 6 September 2024

Part 2 : Rombongan Ke Pattani - Hatyai - Songkhla, Thailand



Hari kedua saya di sini yang sangat-sangat menyeronokkan. Kami berkumpul seawal 7 pagi waktu Thailand. 

Kami mulakan perjalanan kami ke Songkhla untuk bersarapan pagi di DimSum Chabura Hatyai (dibiayai sendiri). Memang menarik dan tertarik sangat-sangat menu-menu kat sini. Boleh pilih dim sum yang pelbagai rasa dan bentuk. Memang kat sini syurga dim sum. Tapi ada juga menu lain kat sini.


Tengoklah ni. Banyak sangat pilihan dimsum. Orang pun dah start penuh nak memilih dimsum ni. Tapi saya kurang berminat dengan dimsum so, saya makan nasi kerabu versi Thai.



Ini antara dimsum pilihan kawan-kawan saya. Saya tengok aje...hehehee.






Nahhh...nasi kerabu versi Thai. Boleh tahan sedap jugak ye. Tengoklah dia punya hiasan. Bunga hidup dia bagi kat kita ye..tak tau kat sana memang makan sekali dengan bunga ni atau sekadar hiasan je. Saya memang tak makan. Letak tepi je...


Yang ni pula menu pilihan kawan-kawan, nasi goreng ayam dan nasi goreng daging. Semuanya sedap-sedap weiihhh. Alhamdulillah....



Air minuman pilihan kami....


Sebelum makan ambil gambar dulu...hehehee...


Inilah dia tour guide kami (tudung pink)


Next destination kami...

Big Bee Farm (Thai House Honey Product)



Sampai di sini kami diberi taklimat pihak pengurusan Big Bee Farm ni berkenaan tentang khasiat madu dan kami diberi rasa madu yang dijual di sini. Yang berminat boleh beli terus.


Selesai taklimat kami pusing-pusing sekitar sini. Ada yang beli aiskrim madu di luar pintu utama tapi saya tak berminat nak mencuba...heheheee



Tengoklah ni, kanak-kanak riang bergumbira berswafoto.





Selesai pusing kat sini kami teruskan perjalanan kami ke Chang Puak Camp.

Chang Puak Camp tempat kita boleh tengok dan menaiki gajah. Besar yang amat gajah-gajah kat sini.

Ada juga aktiviti ATV dan pertunjukan burung kat sini. Jom saya share gambar-gambar yang sempat saya ambil.







Saya tak naik, saya tengok jeee...hahahaaa. Gerunlah weeihhh nak naik gajah besor gedabak macam ni.



Dah penat jalan-jalan, perut pun dah lapar...kami dibawa tour guide kami untuk makan tengah hari di Samilla Beach Halal Restaurant. Lunch kali ni diambil kira sekali dengan pakej. Just datang duduk dan terus makan saja. Semua menu pun sedap-sedap kat sini. 








Okay, next kami ke Samilla Beach tempat yang terkenal dengan Ikan Duyung/Kepala Naga. Ada tour guide story kisah lagenda kat Samilla Beach ni tapi saya tak dengar sangat sebab duk melayan mata tengok panorama sekitar bandar Songkhla.


Bergambar kenangan dulu kita....

Kat sini kalau you all nampak ramai orang kat sana, itulah tempat adanya replika ikan duyung duduk di atas batu. Diorang berebut nak bergambar kenangan dengan ikan duyung. Bagi saya takpelah kalau tak terjah ke sana pun, kemalasan yang amat kalau nak berebut-berebut ni.



Gerai-gerai jualan makanan, minuman dan cenderahati.

Saya beli cenderahati dengan makcik ni. Bolehlah bawa balik sebagai kenang-kenangan.


Nak menunggang kuda pun boleh kat sini kalau nak pusing-pusing tengok pemandangan sepanjang pantai Samilla.


Panas ceng-ceng orang ganu kata...hahahaaa...tak sanggup nak jalan rasanya


Kat sini kena pandai pilih-pilih gerai juga. Saya was-was nak beli aiskrim kat sini sebab tak sah rasanya kalau tak mencuba aiskrim kelapa Thailand.


Akhirnya dapat juga saya merasa aiskrim kelapa Thailand ni. Sedap!!! Yang penting halal ye.


Kami beli di sini. Dah bersoal-jawab bagai bertanya itu ini dan juga dapatkan pengesahan dari tour guide untuk pastikan halal ke tidak. Dah puas hati baru kami beli.



Siap makan aiskrim kami terus gerak untuk ke Masjid  Besar Songkhla atau lebih juga dikenali dengan nama Masjid Taj Mahal, Thailand. Masjid nilah tempat Syamsul dan Ira Kazar bernikah.





Siap bergambar semua kami teruskan perjalanan kami ke Khlong Hae Floating Market (Local Food & Product Centre)

Selama ni tengok gambar orang je, sekarang haaaa...dah boleh ambil gambar sendiri buat kenang-kenangan. 


Jom ikut saya jalan-jalan.








With my bestfriend. Kenal dari tadika sampailah ke sekolah rendah dan menengah. Berpisah seketika membawa haluan masing-masing sebab saya habis tingkatan 5 terus bekerja. Akhirnya kawan saya habis belajar tup-tup dapat kerja di tempat yang sama saya bekerja.

Dah habis masa kami meronda di Khlong Hae Floating Market ni, kami bergerak ke hotel. Dan sampai je di hotel kami dah berbincang dengan group kami untuk jalan-jalan di Lee Garden Night Market buat malam terakhir kami di sini.

Jom kita jalan-jalan lagi....







Tengok tu lobster,besar gila tapi saya tak berani nak makan sebab takut allergic menyerang. Saya sempat beli pulut mangga dan pulut durian je. 

Okaylah guys, saya stop dulu story kat sini.


Irich Travel & Tours Kuala Terengganu

#thailand 
#pattani 
#songkhla 
#hatyai
#holidaytrip
#cuti
#azimahmohd

No comments: