Jom kita balinggggg...hahahaa. Saya tak pandai sangat, juara longkang tu boleh lah..huhuu
Semangat! Yang penting gaya juara mesti ada
Sambil bermain kita snap gambar dulu.
Inilah kami.... SD Staff & Family
Selesai saja permainan bowling, masing-masing pun dah penat dan perut pun dah lapar. Jadi kami gerak dulu cari-cari makan di kedai-kedai sekitar Kijal ni. Siap makan kitorang barulah gerak check in bilik.
Kunci-kunci bilik kami uruskan untuk memudahkan pihak chalet. Sebab kami datang satu group jadi seorang wakilkan untuk ambil kunci dan serahkan kepada yang lain.
Saya share sedikit sebanyak ruang laman dan bilik.
Inilah bilik kami menginap....
Bilik-bilik ni semuanya mengadap kolam. Jadi nak mandi keluar bilik terus terjun dalam kolam.
Kat sini ada juga disediakan alatan untuk berkayak. Kepada yang berminat dan sukakan aktiviti berkayak ni, bolehlah menyewa peralatan berkayak dan anda boleh menyelusuri anak sungai di belakang chalet ni.
Ini pula bahagian dalam bilik kami. So far semua okay cuma bagi saya yang tak okaynya bilik air takde pintu dan hanya ditutupi dengan kain langsir. Encik suami pun dah bagi feedback berkaitan isu ni dan harapnya ada penambahbaikan untuk keselesaan pengunjung juga.
Gambar kat atas ni saya ambil dari bilik saya je...
Dah nak maghrib baru nak naik daaa...
Jom kita teruskan ke agenda malam pula.
Malamnya acara cabutan hadiah bertuah, cabutan hadiah perlawanan bowling (juara point terbanyak dan juara longkang)
Jadi setiap family dah bawa hadiah masing-masing dan kami akan bertukar hadiah berdasarkan cabutan undian. Bagi hadiah untuk perlawanan bawling dan game untuk anak-anak pula ada sahabat-sahabat yang telah menaja hadiah-hadiah berkenaan.
Ini time encik suami dapat cabutan bertuah, hadiahnya dari keluarga encik shukri. Dan yang kelakarnya...hadiah dari kami berbalik pula kepada keluarga encik shukri.
Inilah dua hadiah untuk juara point terbanyak dan juara longkang tajaan dari kami...hahaaa
Sambil-sambil bagi hadiah kami makan kek dulu sebab meraikan ulang tahun kelahiran anakanda encik shukri.
Makan-makan pun meriah juga malam ni sebab ada bakar-bakar ayam, sosej, udang dan kambing. Ada juga nasi goreng dan mee hun goreng. Alhamdulillah, semuanya sedap.
Bergambar berdua....
Tengok tu...dah siap makan kenyang-kenyang sampai bilik boleh pulak diorang ni terjun kolam. Si abang dengan kakak duk berendam, yang adiknya pulak jadi pemerhati diorang.
Hari kedua kami di sini. Sebelum bertolak balik en suami settlekan dulu kunci-kunci bilik. Dah siap kumpul semua barulah kami serahkan kembali pada reception.
Dah nak balik pun sempat lagi ambil gambar.
Dalam perjalanan pulang ke rumah kami singgah di kedai Pedalhaus Cafe Kijal untuk beli minuman.
Alhamdulillah, dah selamat sampai di rumah.
Tapi....malam tu adik pula tak sihat, demam secara tiba-tiba. Di fikiran mesti adik demam sebab banyak main air, tapi sebelum ni pun dia dah terbiasa mandi kolam dan payah nak demam. Malam tu juga bagi ubat demam terus tapi pagi keesokannya badan adik still lagi panas.
So, saya terus bawa adik ke Klinik Hijraa Dungun dan ujian pemeriksaan pun dibuat.
Akhirnya, result yang saya terima adik demam disebabkan influenza B virus dan dikenakan kuarantin selama lima hari.
Rupa-rupanya bukan kami saja yang terkena virus ni, ramai juga kawan-kawan dan anak-anak yang dijangkiti virus ni. Siap doktor dah dapat tau dari group sekolah sebab ramai juga yang buat pemeriksaan di klinik yang sama.
Habis je adik kuarantin dan adik pun dah sihat, saya pulak yang terkena tempiasnya. Sakitnya hanya Allah je yang tahu sebab lenguh satu badan tak boleh nak terangkan macam mana. Panas badan ni saya sampai tidur dengan air batu.
Alhamdulillah, yang lain semuanya okay dan kami pun dah sihat sepenuhnya.
Inilah ubat yang adik kena telan. Saya punya kapsul.
Setakat inilah saja dulu story saya di sini.
Terima kasih kerana menjenguk dan melayari blog saya. Kita jumpa lagi untuk story lain pula.
#nipohbeachcottage
#azimahmohd
#pedalhauscafe
No comments:
Post a Comment