Friday 6 September 2024

Part 3 : Rombongan Ke Pattani - Hatyai - Songkhla, Thailand



Hari ketiga di sini, sampailah masanya untuk pulang ke tanah airku Malaysia. Dah siap packing barang berswafoto dulu kita ye.


Kami dah get ready tunggu bas sampai. Sesampainya bas kitorang terus gerak ke Restoran Tempatan Halal Hatyai (pakej) untuk sarapan pagi.


Inilah dia tour guide kami, CikJa. Terima kasih banyak CikJa, Kak Long and the team dengan layanan mesra anda kepada kami semua. 



Selesai minum pagi kami dibawa ke Kokai, tempat jualan kek pandan jala mas. Dikatakan ramai peminat kek ni dan saya beli jugalah untuk dibawa pulang dan makan bersama-sama keluarga dan kawan-kawan.




Belinya 3 jenis ni saja tapi semuanya sedap.


Kami teruskan perjalanan kami ke Restoran Halal Pattani (pakej) untuk makan tengah hari.




Alhamdulillah, semua makanan sedap-sedap. Siap je makan kami ke Homemade biskut dan kerepek. Macam-macam pilihan biskut, kek dan kerepek ada kat sini. Nak membeli tapi saya dah banyak borong kerepek dan kacang gajus di hari pertama saya di Hatyai. Jadi, kita tengok orang lain shopping je.





Kami teruskan perjalanan ke Sweet Salt (ladang garam) dan di seberang jalan ladang garam ni terdapat gerai-gerai yang menjual garam kasar.





Destinasi seterusnya kami singgah pula di Masjid Kerisik. Sempat bergambar untuk dijadikan kenangan nanti.





Sebelum masuk ke Jabatan Imigresen Thailand - Malaysia, kami singgah di PTT dan sempat pula shopping dekat Seven-e dan minum kopi.

Dan inilah hasilnya. Air meiji perisa pisang sold out, laku keras betul air ni. Yang tinggal ni saja tapi bolehlah dari takde langsung. Bagi saya yang kurang gemar minuman manis tak berapa suka sebab agak manis bagi saya.


Ini pun bekalan yang di beli dari Seven-e. Ramai yang pakai bedak-bedak ni, terpengaruh jugak saya akhirnya tapi betul...bedak-bedak ni best sangat guna. Yang sabun Bennett tu pun best juga pakai, baunya pun wangi.


Siap shopping dan minum kopi kami terus gerak ke sempadan Golok untuk beli buah dan barangan Thai. Tapi kat sini saya tak turun, dah penat sangat rasanya sebab nanti nak masuk Jabatan Imigresen Thailand - Malaysia pun kena beratur panjang juga nanti nak cop pasport. Kita rehat je dulu dalam bas.


Sekian saja cerita 3 hari 2 malam saya di Pattani - Hatyai - Songkhla. Sekadar berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan perjalanan percutian saya kali ni walaupun dah berlalu sekian lama.

Tak lupa juga saya share link facebook Irich Travel & Tours Kuala Terengganu sekiranya ada yang berminat untuk melancong ke Thailand

Thank you guys!

#thailand 
#pattani 
#songkhla 
#hatyai
#holidaytrip
#cuti
#azimahmohd

No comments: