Jom kita ambil kunci dulu.....
Inilah dia ruangan dalam bilik kami. Macam dorm tapi okaylah sebab tandas kat dalam bilik ada 2, so takdelah nak berebut guna tandas. Kami datang berlima jadi okay je bagi kami. Rasa macam duk asrama je....teringat balik zaman-zaman belajar dulu.
Ini pula ruang dapur terbuka yang terletak betul-betul di hadapan bilik kami. Dapur ni berkongsi dan boleh digunapakai yang menginap di lodge trigona ni sahaja. Macam kami, kami tak masak...kami beli makanan di kedai makan kat sini je.
Kedai makan nilah yang saya maksudkan. Lambur Suri Cafe. Bolehlah makan-makan kat sini support penjual-penjual kat sini. Dapat juga menjana ekonomi diorang kan. Kami sampai lebih kurang pukul 2.50 petang macam tu. Jadi kami buat keputusan makan tengah hari dulu sebelum masuk bilik. Cuma kat sini takdelah banyak lauk ye, kami kat sini makan masakan panas je.
Lebih kurang pukul 6 petang kami pun naik ke atas... Abang dan adik balik bilik dulu untuk bersihkan badan. Dan kami bertiga pergi ke kedai makan nak bungkus nasi goreng dan kway teow goreng. Sambil-sambil tunggu makanan siap, kami meninjau kawasan persekitaran dan ambil gambar kawasan sini.
Yang ni Tube Lodge Bajet. Harga semalam RM60.00 seunit. Boleh muat 2 orang dewasa dan 1 @ 2 kanak-kanak dan disediakan dengan katil queen.Tapi tandas sharing kat luar.
Kat bawah ni pula ialah Glamping site. Glamping ni boleh muatkan 12 orang dengan dibekalkan 12 tilam single. Harga seunit RM250.00 semalam.
Abstrak Arca Rimba Flora & Fauna
Sempat lagi ni haaa...kak mia dan abah beli aiskrim.
Bersebelahan bazar aiskrim ni pula ada tapak perkhemahan pertama. Rasanya kat sini ada 3 tapak perkhemahan.
Saya just ambil gambar dari bahagian atas je. Turun juga ke bawah sini tapi kerana menjaga privacy diorang saya tak snap gambar kawasan diorang berehat.
Dah siap ambil makanan yang order tadi, kami terus ke bilik. Dan malamnya tiada aktiviti sangat yang kami boleh buat. Nak lepak kat luar pun tak selesa sangat sebab kami duk kat tengah-tengah antara family yang buat aktiviti kat sini. Nak dapatkan suasana privacy tu kurang sikit kat sini sebab tu kami nakkan bilik Villa Suri...takde bercampur dengan family yang besar.
Malam tu kami layan cerita Sherif je dengan anak-anak dalam bilik.
Paginya kami bersiar-siar menikmati sinar pagi yang redup dan mendamaikan jiwa dan minda. Tenang sangat kat sini. Jauh dari segala kesibukan lain. Hanya fokus dengan alam sahaja.
Rumah Kelulut ni betul-betul berada di belakang bilik kami menginap.
Jom kita berjalan lagi... Ni kami naik ke atas lagi.
Adik bergambar dulu di depan trademark Trigona Eksklusif.
Sampai sudah kami di Pengkalan Dua.
Area sungai sini agak berbatu.
Sampailah kami ke Tapak Perkhemahan di Pengkalan Dua. Yang kat sini lagi cantik view dia.
Jom kita cuci mata tengok kawasan kat sini.
Kami berjalan sampai di Pengkalan Dua saja. Tak larat dah kami nak naik atas lagi.
Dah siap pusing-pusing kat sini, kami gerak turun bawah balik nak pergi ke kedai makan untuk beli sarapan pagi.
Tapi, Allah hantarkan rezeki pada kami melalui seorang makcik ni. Makcik yang baik hati ni berikan kami roti canai. Makcik ni menginap di Tube Lodge. Datang dengan keluarga yang besar dan diorang bawa barang-barang sendiri dan tebar roti canai kat sini. Alhamdulillah, semoga makcik dan keluarga makcik dimurahkan rezeki...Aaminn.
Senyum sampai telinga encik suami dapat roti canai free...hehehee.
Sambil-sambil jalan, sambil-sambil ambil gambar.
Siap beli nasi lemak, adik dan abah terus salin baju dan masuk sungai. Mandi dulu sebelum check out pukul 12.00 tengahari.
Kat sini port lain, atas sikit dari yang kami mandi semalam.
Hampir pukul 11.00 pagi kami gerak naik atas. Bersihkan diri,makan nasi lemak dan roti canai tadi, dan start berkemas untuk check out.
Sebelum check out sempat lagi beli aiskrim. Yang dalam cup tu harganya RM3.00 dan yang dalam bowl pulak harganya RM10.00 sebab special, aiskrim ditambah pulut, sagu, roti dan kacang.
Setakat inilah kisah perjalanan kami kali ini. Terima kasih kerana menjenguk diblog saya.
Saya share link facebook Lata Kolam Air Deru Ecopark jika ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut.
Jumpa lagi guys!
#travel
#familytrip
#latakolam
#latakolamairderuecopark
#latakolambesut
#airderu
#familyday
#azimahmohd
No comments:
Post a Comment