Friday, 13 September 2024

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-96 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Uitm Shah Alam



Cerita ni pun throwback dari 2023. Al-kisah perjalanan kami menghantar adik bongsu, mak dan ayah ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (Uitm) ke-96 yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Uitm Shah Alam.

Perjalanan kami agak panjang, bertolak dari Kuala Terengganu ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam kami memilih I-Soho Residences I-City Shah Alam untuk penginapan kami.

Sampai saja di tempat menginap anak bongsu kami terus ajak mandi kolam. So, kita layankan aje kehendak adik.








Suasana malam di Shah Alam.


Gambar di bawah ni pula ketika menjelang pagi.


Dah pagi hari untuk menghantar adik bongsu ke konvokesyen, kami bersiap awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sebab sesi adik akan bermula pukul 9 @ 10 pagi macam tu.

Dah sampai di perkarangan dewan ada gerai-gerai yang menjual bunga dan makanan.

Saya beli juga sejambak bouqet untuk adik.


Di perkarangan dewan ini juga disediakan kanopi dan kerusi untuk ahli keluarga yang lain. Juga boleh menonton siaran langsung sepanjang istiadat berlangsung di sini.



Dah selesai pun sesi adik diorang bergambar kenang-kenangan dulu bersama sahabat-sahabat sepengajian.


Bergambar juga kami sebagai kenang-kenangan. 



Kakak ambik aura ayohsu dia...moga ada rezeki kakak dapat belajar kat Uitm atau mana-mana IPTA.


Ambil aura jugak ke kami ni? Hahahaaa, kami belajar tak tinggi mana...bagi peluang kat adik-adik belajar tinggi-tinggi. Pengorbanan seorang anak sulung...huhuuu.


Dah selesai majlis konvo, kami balik rehat dulu di apartment. Lepas solat maghrib kami keluar ke I-City Shah Alam untuk makan malam dan jalan-jalan.

Seronok rasanya dapat bawa mak dan ayah jalan-jalan macam ni.



Seusai makan malam adik ajak main salji pulak. Dah tak pernah rasa macam mana main salji so bagilah peluang kat diorang masuk. Termasuk mama sekali daaaa...

Nampak tu, dahlah baju lengan pendek...nasib baik pakai baju hoodie. Sebab tak ready pun nak masuk kat sini sebenarnya.


Bergambar dulu kita....





Dah puas main-main kat salji ni kami terus gerak ke City Of Digital Light.

Bolehlah buat kenang-kenangan tanda kami dah sampai ke sini. Alhamdulillah...



Selesai sudah jalan-jalan kami di malam kedua kami di sini.

Esoknya kami bergerak pula ke Melaka. Dah alang-alang bawa mak dan ayah jalan-jalan, kami terus masuk ke Bandaraya Melaka Bersejarah.


Sampai sini dah dekat masuk waktu solat Jumaat, jadi encik suami, ayah dan adik pergi solat Jumaat kat Masjid Kampung Kling. Kami yang perempuan ni menunggu di kerusi batu di sekitar sini.


Dah balik solat, kita ambil gambar dulu...hantar report kat adik-adik lain mak dan ayah dah sampai Melaka.



Alang-alang dah ada kat sini, ajak adik naik dekat tugu meriam.



Next kami jalan-jalan ke Kapal Samudera, Melaka. Masa ni mak, ayah dan adik bongsu tak follow sekali. Diorang berehat kat tempat kerusi batu kat kami menunggu tadi. Jadi kami bawa kakak dan adik sekejap meronda nak terokai apa yang ada dalam kapal kat sini.

Hari tu dah pernah datang Melaka tapi kami tak sempat nak bawa kakak naik kat sini. Jadi kali ni kami bagi peluang dan ruang untuk diorang explore.









Ini pemandangan yang diambil dari atas kapal.



Dah siap terokai kapal, kami bawa mak dan ayah pergi minum dekat Cendol Jam Besar.

Kami minum air cendol dan air tembikai kat sini.







Ini yang sempat saya rakam di belakang kedai Cendol Jam Besar.




Next, tempat yang paling saya nak pergi...Melaka Chocolate House.
Siapalah yang tak suka coklat kan..hehee. 

So, jom kita shopping!






Kalau ikutkan hati banyak lagi yang nak dibelinya ni. Tapi kena sentiasa ingatkan diri sendiri supaya jangan boros dan inilah serba sedikit hasil tangkapan dari kami. Takut nak beli banyak sebab bimbang sampai rumah nanti dah jadi lembik.



Selesai shopping kami pun dah penat, kami teruskan perjalanan kami ke penginapan kami di Bali Residances Melaka.

Alhamdulillah, tempat sangat-sangat selesa.

Macam biasa, aktiviti adik terus mencari kolam. Sempat jugalah adik merasa mandi kolam kat sini.





Esoknya, kami dah get ready balik Terengganu. Jom bergambar kenangan dulu.




Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvo adik dan selesai hajat kami nak bawa mak dan ayah jalan-jalan. Tahniah adikku yang berjaya mengharungi segala cabaran dan ujian sepanjang pengajian. Buat mak dan ayah, maafkan kami andai ada kekurangan dalam tempoh percutian ni dan semoga mak dan ayah dikurniakan kesihatan yang penuh kebaikan dan sentiasa bahagia....Aamin.

Okay guys....sekian saja coretan saya kali ni.

Jumpa lagi!

#KonvokesyenUiTMke96
#konvokesyen
#uitm
#I-SohoResidence
#I-CityShahAlam
#CityOfDigitalLight
#MelakaBandarayaBersejarah
#MelakaChocolateHouse
#KapalSamuderaMelaka
#CendolJamBesar
#BaliResidencesMelaka
#azimahmohd

No comments: